Dec 30, 2009

Warkah Terakhir Buat Ninda..

Tanggal 9 zulhijjah yang lalu pergi sudah ninda ku ke rahmat Ilahi. Pagi raya haji bertukar duka berendam air mata (kalangan kaum hawa je la sebab hati aku keras). Detik pemergian dapat aku rasai selepas aku berjaya drag kereta aku dari puchong terus ke hospital teluk intan tiba pukul 12.30.

Ninda pergi tepat jam 1.30 ptg waktu tempatan. Waktu anggaran yang amat tepat dibuat oleh doktor paling senior kat tempat tu. Die cakap ninda boleh bertahan 24 jam saja dari waktu masuk wad di mana ninda masuk pukul 2 petang hari sebelumnya..

Ninda ku amat dirindukan sebab beliau merupakan jaguh pembuat lemang dan kueh lopes terbaik dari ladang. Tidak dilupa juga pada gulai kari udang galah menusuk kalbu apabila menjamahnya. Lemang ninda adalah sebuah seni level masterpiece sebab peminatnya ada sehingga ke negeri singapura.

Macam2 lagi kenangan yang ditinggal ninda sehingga tidak terdaya hendak ku garap. Apa yang pasti aku akan sentiasa mengenangmu ninda. Semoga tenanglah engkau di sana dan dicucuri rahmat. Amiiin...

Nov 12, 2009

Nur Qaseh..

Nuuur Kasiiih~~

Nuuur Kasiiih~~


Itulah bait2 berhantu lagu drama fenomena masa kini nyanyian Yasin..Kalau aku nyanyi pun sure berhantu jugak sebab orang kata suara aku memang dekat2 level Yasin..Sebuah lagi drama yang berjaya hasil buah fikiran Kabir Bhatia selepas Kekaseh Ku Seru..Dengan kualiti editing gambar samar2 dapat menaikkan emosi penonton yang jelas obses dengan watak Nur, Adam dan sebagainya..

Sebagai blogger dan penonton drama separa tegar, aku juga tak terlepas dari fenomena drama Nur Qaseh ni..Mane taknye masyarakat setempat dah mula panggil aku Remy..Aku cuba menolak tapi dorang bertegas nak panggil aku camtu jugak..Sebagai manusia berdiplomasi aku terima je la ape orang nak kata..

Berbalik kepada topik asal tadi, aku dipahamkan drama Nur Qaseh ni tinggal 2 episod sahaja lagi selapas tayangan perdana hari ini..Jadi ramailah peminat yang bersemangat, eksaited, sedih dan macam2 lagi la..Tidak kurang juga bisnes2 yang boleh mengambil kesempatan di atas rating mencanak drama ni..Berikut adalah senarai bisnes yang melonjak :

1) Apek kedai TV LCD 40 inchi - Demand terhadap TV LCD 40 inchi komfem meningkat naik sebab makcik2 yang rabun jauh nak tengok TV dari dapur..Bawah 40 inchi tak jelas..

2) Pembekal Tissue jenama Premier - Perniagaan ni memang maju..Kalo tak caye korang chek kat pengemis buta kedai mamak..Pasti cap Premier..

3) Kedai Tudung Nur Qaseh - Ni antara yang ngetop skali sebab kat Malaysia ni memang ramai perempuan..

4) Songkok ala2 Aidil - Ni feveret cekgu2 sekolah over 40 tahun..Kalo pakai songkok akan kelihatan 10 tahun lebih muda..

Cukup la 4 pilihan rawak yang aku senaraikan sebab kalo ikutkan hati memang ape2 bisnes pun bleh maju selari dengan drama Nur Qaseh ni..Jadi korang sebagai peminat tegar drama ni boleh la tolong siket2 nak kembalikan kestabilan ekonomi negara..Ye la drama ni pun boleh dianggap sebagai pakej ransangan ekonomi sebab banyak bisnes boleh buat untung dari sekecil tissue sampai sebesar TV..

Oct 30, 2009

Hati untuk diberi..

Bulan ini aku bertekad juga untuk mencoret sekeping entri buat renungan semua pembaca di luar sana..Semua makhluk punya hati bukan? Mengikut fakta sains hati terletak berhampiran dengan jantung sebab tu la kalau hati sudah disentuh jantung akan berdegup..(jangan cuba aksi menyentuh hati ini secara tersurat di rumah mahupun di hospital)..

Semua makhluk yang punya hati mesti suatu hari nanti mahu memberi hati itu kepada sesuatu, sesebuah dan seseorang..Situasi pemberian hati bisa diterjemahkan dalam pelbagai cara dan situasi yang simple mahupun kompleks..

Situasi 1 : Abg char kuew teow Malinja memasak dengan sedap untuk santapan para customer..

Situasi 2 : Seorang ayah membelikan sepasang anting-anting buat anak tersayang..


Kedua2 situasi di atas adalah berbeza jika dipandang dari sudut orthodox tetapi sebenarnya kedua2 situasi ini melibatkan pemberian hati..Seperti abg char kuew teow yang memasak dengan sepenuh hati, perasaan itu akan disampaikan dengan kelazatan char kuew teow tersebut..Begitu juga dengan situasi kedua dimana ayah memberi hatinya serentak dengan anting2 tersebut kepada anaknya..

Objektif kedua2 situasi ini hanya akan tercapai apabila si pemakan char kuew teow berpuas hati dan kenyang dengan apa yang dimakan dan anak yang menerima anting2 itu selesa dan gembira dengan pemberian ayahnya..Jika tidak, paham2 sendiri lah..

Konklusinya, berilah apa jua bentuk pemberian dengan sepenuh hati supaya dapat menterjemahkan maksud tersirat disebalik setiap pemberian..Kerana semua makhluk di dunia ini punya hati untuk diberi..


Sep 29, 2009

Lebaran..

Belum terlewat untuk aku ucapkan Salam Lebaran buat semua para bloggers yang bergiat aktif di muka bumi ini..Menjelang raya itu hari aku dah berjaya menahan diri dari segala gejala yang boleh mengurangkan tahap iman aku..Orang kata makin nak hujung2 puasa makin kuat lah buat ibadat namun aku sangsi kerana ternyata tempat2 'ibadat' yang dibanjiri hanyalah Jalan T.A.R dan SOGO..

Walaupun ayat2 aku hujung perenggan pertama tadi agak poyo, aku terpaksa juga mengaku bahawa aku pun tergolong sekali dalam orang2 yang terjah tempat itu..Tapi aku balik rumah terus insaf dan buat la ibadat untuk cover balik kehilangan duit dan iman aku tatkala di tempat kejadian..

Dah banyak perabis kene cover balik

Raya tahun ni meriah macam biasa..Meriah pun sebab ada selebriti macam aku balik kampung..Budak2 la tak sudah2 nak ambek gambar dengan aku..Tapi yang terbaliknya aku pulak yang kene bayar duit raya kat diorang..Sepatutunya aku la dapat duit royalti perlindungan sebab diorang dapat bergambar dengan selebriti..

Tahun ni aku agak sedikit upset sebab perut aku buat hal sebelum raya..Mana taknye mak aku masak lauk untuk kerinduan setahun tak makan khas untuk aku..Aku pun bedal la..Aduss kacau daun je aku nak layan satay dekat rumah jiran..Nak bakar lemang sehari sebelum raya pun kuar masuk jamban..kepada sesape yang sakit perut makan lemang tu aku mintak maap..

Konklusinya aku ada memasang beberapa persoalan dan harapan selepas raya ni..Adakah tahun depan masih dalam keadaan begini? Masih beraya di satu kampung? Masih menangis ketika pulang sambil menggigit stereng? Jumpa lagi tahun depan..

Aug 24, 2009

Puasa..

Maka hari ini sudah 3 hari umat Islam sedunia berpuasa..Dikesempatan ini, aku sebagai blogger separa tegar ingin memohon ampun dan maaf kepada semua blogger yang aktif di atas bumi..Korang tetap best dengan entry2 yang mampu menghalau kelaparan dibulan puasa ni..

Sekali-sekali aku rajin ni nak story la sket citer2 menarik yang berlaku pada kawan2 aku pada bulan puasa..Masa kat asrama, korang kene bertugas jaga lauk berbuka korang dengan rapi..Kalo tak nnti kene hinggap lalat, malam tu jugak la korang bercinta dengan toilet..

Masa kat universiti, lepas berbuka ingat nak pegi terawih kat masjid luar yang imam laju..Sebab imam kat masjid dalam kampus bapak slow..Nak abes 8 rakaat pun dah dekat pukul 11..Tapi malang la kalau ari sabtu..Oleh kerana masjid kat sebelah benteng gerai makan, ada yang sangkut tak sampai masjid sebab ada game Man Utd vs Arsenal..

Masa dah keje, dah berangan2 nak balik awal bukak pose dengan tunang..Tapi baru je nak angkat beg bos dari dalam sudah usha lain macam..Seminit lepas usha tibe2 je secretary kasi penuh korang punya IN tray..Keluar opis kol 6 dengan harapan sempat sampai umah..Last2 sangkut dalam traffic jam, bebuka la dengan cara paling syahdu..Korek idung..

Jadi kawan2..Hargailah detik2 indah Ramadhan korang dengan ibadah2 yang wajar..Jangan syook sangat beli barang kat bazaar ramadhan..Bersederhana sehinggga menjelang hari raya..

Krrook kreekk..Alamak perut aku dah bunyi la..Aku gerak gi bazaar dulu..

Jul 22, 2009

Aku tiada harta..


Dah 2 tahun aku dalam arena pekerjaan tanpa perlu join MLM* dan tanpa perlu berlakon kayu dalam iklan tv..Jadi stakat ni aku dapat la kumpul harta2 berikut :

1) Jam ESPRIT petaling street

2) Telefon bimbit N73 recon jalan pasar

3) Dompet duit POLO uptown danau

4) Kunci kereta EVO 8 bertakhtakan key chain LIVERPOOL (kunci je)

5) Sekotak rokok Sampoerna gambar janin (ori RM 5.50)


Kesimpulannya, aku still boleh dapat beli harta benda yang halal dari punca rezeki yang halal tanpa perlu melakonkan watak keluarga Pak Malau dalam iklan tv..Yang penting aku hepi sudah la..Income tax banyak potong je yang aku tak hepi..Takpe, nak buat sekolah..

nota tumit : MLM ni sejenis bisnes network marketing dengan nama panjang "multi-level marketing"

Jul 14, 2009

Cinta..

Mintak maap jika tajuk entri kali ini agak jiwang..Aku nak story siket kat lu orang pelbagai destinasi cinta yang dah berjaya dicapai oleh manusia sekeliling aku dari dulu sampai sekarang..Aku rasa nak start dengan kisah cinta agung T dengan Y..(nama adalah dirahsiakan atas sebab2 tertentu)..

Kisah dorang ni start awal gile beb, seawal tahun 2001 kalo tak silap..Mase kat matrik belaja bahasa inggeris ala2 PPSMI..Macam2 la suka duka yang aku dengor dan yang aku tak dengor..Sampai la babak kesah percintaan yang menjadi kegemaran si Singular sampai terkesan dalam hati tanak maapkan si T sampai hari ini..

Si T membuat sketsa seribu babak mengisahkan die merajuk dengan si Y sampai sanggup jalan kaki dari LRT sampai ke asrama..Jauh lebih kurang dari Pudu ke Sentul..Di tambah lagi adegan pau mengepau menimpa si T yang rugi dalam 50 hengget dan rupa comot2..Dengan muka yang penuh kasihan si T gebang kitorang malam tu..Percayalah, cerita ni semua adalah rekaan semata-mata yang hanya terbongkar baru2 ni..Sebab tu la Singular makan hati sampai sekarang..(tunggu la cerita lu episode akhir nanti)..

Kenapa aku pilih kisah ni sebagai pendahulu carta? Dorang ni memang ngetop la dipelosok fakulti sehingga ke makcik cleaner dan makcik kantin..Tapi percayalah rakan2, cinta itu sungguh buta..Kesah yang bertahan sekian lama berakhir dengan haluan yang berlainan walaupun penamat yang serupa..

Akhirnya T dan Y menamatkan zaman bujang pada hari yang sama pada bulan Jun yang lalu..Tapi kenapa aku cakap hari yang sama? Sebab pasangan dorang berbeza..Fikir2kan dan selamat beramal..

Jun 29, 2009

Aku rampas keris itu..

Apa yang dapat anda simpulkan dari gambarajah berikut..

Rampas saja keris itu..

Abutang watak sampingan dalam blog aku baru2 juga bergelar jejaka berdarah manisan..Tapi gambaran ini jelas menunjukkan betapa kurang sabarnya Abutang menunggu turn untuk bernikah..

Dapat juga korang lihat watak isteri kepada pengantin lelaki memandang sinis tindakan Abutang yang cuba merampas keris yang sepatutnya jadi hak peribadi..Korang tau lepas tu apa jadi? Kita pikir la ramai2..

Aku abg yang rilek..

Tanggal 27 Jun 2009 tergolonglah adik aku dalam golongan manusia berdarah manisan..Aku mangsa yang dilanggar bendul nak buat report kat majlis fatwa Malaysia..Biar dorang keluar fatwa cakap sape2 yang nak langgar bendul kene pegi buat pembaptisan kat banjaran himalaya..Tmbh lagi kene bagi pampasan kereta Honda City latest edition full spec dengan tombol gear kat steering..

Tapi aku masih abg yang bertimbang rasa..Datang majlis pakai sempoi2, jual beli pantun 2 kerat, bace2 doa dengan muka serius (rujuk gambarajah)..Aku takdela nak minta segala jenis pampasan yang aku mention kat atas td..

Doa dari abg yang ikhlas

So geng..contohilah aku..walaupun dilanggar bendul oleh adik LELAKI, aku masih kurang gentar..Bukan tidak gentar ok..Gentar jugak la sikit dalam jiwa aku ni..Macam rasa gayat2 terjun bungee jump pn ada la..Aaaaargh..gadiiiis, turunlah dari langiiiit!!!

Jun 15, 2009

3 Sebab Prosper Enggan ke Petronas..

Prosper @ Azri adalah seorang anak yang baik..Pandai belajar, kuat bekerja dan bakal berkeluarga..Budak2 professional ni biasenye mestilah ada dapat biasiswa kompeni gempak..Prosper adalah milik kompeni gergasi Petronas yang ada kat menara kembar KLCC bukan pam minyak cawangan R&R Tapah..

Prosper sangat bijak mengatur strategi mempergunakan Petronas sebagai batu loncatan belajar percuma, wang perlindungan dan sebagainya..Petronas membenarkan Prosper bergerak secara solo sebelum kembali ke pangkuan manara KLCC selepas beberapa tahun..Namun menjadi orang2 Petronas yang gempak merupakan satu mimpi ngeri buat Prosper..Kenapa?


1) Segan nak pegi family day bersama2 dengan Tiong dan Sibas..

2) Segan nak main badminton bersama2 dengan Tiong dan Sibas..

3) Segan nak attend kursus bersama2 Tiong dan Sibas..


Apakah misteri disebalik sebab2 di atas? Ambik telepon call la Prosper..

p/s : Sila rujuk commemorative book Alumni UIA class of 2007 untuk watak2 Tiong dan Sibas..

Jun 8, 2009

Jiwa yang sayur..

Baru2 ni slot AKSI TV3 ada masuk cerita BIONIK..kebetulan pulak watak2 utama ada serupa dengan member2 aku..Watak utama Nik (piji) berayahkan Dr Hafiz (prosper) yang berkawan dengan Dr Shamil (singular)..Dah accident si Nik ni memang sekujur jiwa yang sayur..Bapak die kasi tukar si Nik n jadi ala2 robot terminator terus2 jadi tak sayur..

Berbalik ke dunia nyata..Perlukah kita jadi terminator untuk jadi tak sayur..Sekarang ni jiwa2 yang average ni memang dah tak berapa relevan lagi di mata dunia..Jadi apa tindakan yang wajar untuk menjadikan jiwa kita tidak sayur?Lu pikir la sendiri..

Jun 4, 2009

Urusan Walimah..



sila klik gambarajah untuk lebih penghayatan


Di atas permintaan pihak pengantin, saya dengan rendah dirinya menjemput tuan/puan yang mengenali pasangan pengantin atau tidak untuk bersama2 memeriahkan lagi majlis mempelai..Majlis pihak pengantin perempuan akan diadakan pada 20 Jun 2009 bertempat di Muar Johor..Majlis pihak pengantin lelaki akan dilangsungkan pada 27 Jun 2009 bertempat di Trong Perak..Sila rujuk gambarajah seterusnya untuk lebih mengenali lagi bakal pengantin..



p/s : lihat sahaja, komen jangan..


Jun 1, 2009

Bakar saja kondo itu..

Pertama sekali ingin hamba merafakkan maaf kepada tuan/puan pembaca blog hamba yang tak seberapa ini..Sebab bulan mei langsung takde entry..Salahkan la bos gua yang bagi keje kene siapkan 40 keping working paper untuk kesejahteraan kerjaya hamba..

Lepas check balik organiser dan kalendar (aku kan orang tersusun) aku baru perasan banyak la jugak benda2 yang boleh dibuat bahan tulisan blog..Tapi azri prosper kata aku patut pergi bakar satu kondo rakyat dekat Awan Besar OUG..Sebab dia kata orang yang dok situ rata2 boleh dikatakan berdarah masam..

Tapi sangkaan kami meleset sama sekali..sesosok tubuh manusia average (sori abu) akhirnya memecah tradisi kondo itu..Abutang (bukan nama sebenar) secara mengejut telah melangsungkan majlis pertungangannya dengan gadis pilihan keluarga bernama Nor Adawiyah Ahmad Pudzi (macam drama)..

Fenomena ini telah membuatkan rakan2 Abutang terpinga2 hingga ada yang ingin membunuh diri..Ada yang berubah menjadi HULK, PREDATOR dan sebagainya..Yang terbaiknya prosper cadangakan aku berubah jadi Cyclop pegi bakar kondo kediaman abutang dengan kuasa pancaran mata..

Apr 26, 2009

Ada apa dengan declare..

Declare merupakan perkataan keramat untuk para pencari cinta dikala musim mengawan..Tapi ramai yang tk paham apa maksud disebalik perkataan keramat ni..Masa high school dulu pun budak2 hingusan bukan tau apa maksud declare dari sudut bahasa pn..

Kita deduce kembali maksud declare dari segi bahasa atau literal meaning..Ia diambil daripada huruf dal, kaf dan lam ataupun dakala yang bermaksud isytihar atau menghebah..Dari segi technical meaning pula declare ini bermaksud berteguh dalam hati dan mengaku dengan lidah bahawa kamu sedang ingin bercinta dengan seseorang..

Macam biasa kisah2 cintan mesti start pada umur 18 tahun bersamaan dengan umur ke pengajian tinggi..Ramailah abang2 gersang yang mencari sayang2 memerlukan seawal semester pertama lagi..Nak2 pilak budak2 yang dulu high school semua budak lelaki..Pergh bapak sangap bak kata pepatah irama dan lagu, ombak dan pantai dan macam2 lagi..Aku pun tak dapat lari dari perkara2 macam ni..

Tapi atas dasar tak paham maksud sebenar declare, banyak lah terjadi kisah cintan yang putus di tengah jalan..Ye la mana ada cikgu kat sekolah dulu ajar cara2 nak declare dengan gadis2 berkenan dihati..Jumpe target dalam kelas, curi2 no telefon awek yang ditarget kat listing attendance, kacau2 pakai sms sebagai secret admirer sampai last2 kantoi..Apa murah punya stail..

Tapi tak kesah asalkan dapat layan jiwang dengan awek tu..Pastu mula la adegan drama swasta taraf rendah yang biasanya berlaku di public phone 10 sen..Ni yang paling best sebab ada satu masa tu bubuh 10 sen dengan timing yang tepat, korang dapat gayut unlimited..Memang heaven..Bergayut bagai nak rak sampai beratur panjang nak tunggu turn, last2 kene ambush dengan warden..

Tapi disinilah wujudnya kelemahan terhadap pemahaman declare..Dah bercinta gila2 kat telepon, lupa nak declare terus status masing2 yang akhirnya membawa kepada kegagalan (atas kajian kebanyakan kes pada tahun 2001)..Tapi tidak semuanya gagal..Yang pandai mendeclare pun ada yang berjaya..Proses declare pun best gak sebenarnye..

Mula2 beli kad,bagi kad, notis 24 jam, dan akhirnya officially declare..Masa notis 24 jam ni yang paling bergetaran jiwa..Si abang tak senang duduk kat bilik, si sayang mintak pendapat classmate si abang dan senior2 yang dah ada pengalaman..Masa yang ditunggu telah tiba..Dengan berbekal handset Nokia 3310 (fesyen paling ngetop zaman tu) di tangan sejak 23 jam yang lalu..

kringgg...kringg..

Si sayang : Hmm..awak dah ready ke dengan keputusan kite?

Si abang : Sudah (nada terketar2)


Si sayang : Saya terima awak..

Si abang : Yes..

tup...(excited sampai terletak telepon)

Macam tu la sedikit sebanyak paparan aku pasal entry kali ni..Harap korang yang dah tua2 tu sedarlah, dah terlambat dah nak declare2 skarang ni..Ape yang korang rasa berkenan, bawak je cincin belah rotan ajak tunang..Setel cerita..

Apr 19, 2009

Tembakan Bebola Cat..


Semalam pergi bersukan aku ke Padang Astaka Petaling Jaya tanpa meletak sebarang harapan tinggi..Ye lah bak kata orang player beginner walaupun kacak..Tapi itu tidak sedikitpun melunturkan semangat aku menembak cat ke arah musuh..Rujuk gambar sebelah sebagai tatapan asas permainan ini..Orang kata dress code aku ala2 nak ke KLCC @ MID VALLEY..Aku terima semua itu sebagai pujian terhadap manusia sempurna..Terpulang kalian mentafsir kesempurnaan seseorang manusia itu mengikut citarasa masing2..

Tembakan demi tembakan ku harung penuh tabah..Tanpa kusedari pasukan aku yang pada awalnya mengantuk dan longlai menjadi pasukan digeruni pada akhirnya..Taktikal ala2 main polis sentri kampung boy yang kuterapkan ke dalam permainan menjadi igauan pihak musuh..Maka termaktublah kesempurnaan yang digilai segenap masyarakat dengan kemenangan yang amat manis..Saksikan buktinya..Marilah rakan2 sekalian kita santaikan minda dengan menembak kawan dan lawan..

nota hati : Rakan2 cabarlah diri, menang RM 1000 suka hati..

Apr 13, 2009

From Puchong with Love..


Hari ahad yang lalu pergilah aku berkelana ke daerah Kuala Lumpur mencari ketenangan..Bukan untuk mengubat hati yang lara, tidak pula untuk merawat luka yang terpendam..Maka bergeraklah aku ke rumah pertama membuat suprise kepada ahli2 nya..

Setibanya aku ke rumah agam itu aku disambut dingin oleh Met dan Zedil..Bukan dingin yang negatif tu, masa tu hujan renyai2..Seterusnya bermulalah episod demi episod malang ibarat ayat2 Jamal Abdillah kat ABPBH ahad malam ituhari..

Met : Asun, ni ada kad2 untuk ko..

Alcapone : Kad apa?

Met : Kad kawin aku n sawit..

Alcapone : Nah la bisnes kad aku sebagai balasan..

(Menggelabah dapat kad kawin kawan2 mengenang nasib diri sendiri serta senior2)

Selesai episod sebabak di rumah itu, pergi pula aku berkelana ke rumah kedua..Terletak pula agak berhampiran dalam jajahan DBKL..Harap2 ada aktiviti pengubat rasa gelabah sebentar tadi..

trreet..trreet..

Prosper : Halo, ko kat ne?

Alcapone : Aku on the way gi umah ko..siap2 kan la apa yang patut..Tapi jangan bagi kad kawin..

Prosper : Ok datang la..kad aku lambat lagi..

Alcapone : Ok, bye..tup..

Masuk aku ke rumah hanya terdapat sesosok tubuh berdarah manis sedang meratah nasi lauk ayam hasil belian di sebelah restoran bida'ah..Kata Prosper, sejak berdarah manis dia dah jarang keluar rumah walaupun untuk berdating..Ingin mendalami ilmu kekeluargaan dan housekeeping katanya..Minggu depan dah nak attend kursus pra perkahwinan..Aku pun refresh kan la balik cara2 berzikir, berdoa, mengaji dan sewaktu dengannya..

Penat gak la episod aku perlu lakonkan kat umah prosper ni..Sampai la ku ke tugasan terakhir..
Bertandanglah aku ke rumah senior2 yang masih mencari hala tuju kehidupan (lebih manggelabah daripada aku)..Juga terletak di jajahan DBKL..Terdampar dua sosok tubuh senior aku dulu..Sorang tengah belek2 kamera Canon EOS 1000D dan sorang lagi tengah layan FIFA 2009 kat laptop..Sungguh syahdu aku lihat gelagat dorang..Dikala member2 lain dah start hitung hari kelahiran anak masing2, dorang masih disitu..


Saif : Susah la asun skang ni..Dulu sebelum Aiman kawin, dak2 slalu dtng lepak ngan ktorang..skang apa dah jadi..Tinggal la aku menggelabah pikir masa depan..

Alcapone : Rilek la..Dorang rasa terancam dengan kesempurnaan ko..Sebab tu dorang kawin cepat..(Ayat2 menyejukkan hati senior)

Lalu berceritalah Saif tentang percintaan tiga segi yang menimpanya..Aku cuba untuk buat2 menghayati jalan ceritanya sebagai cara mengambil hati..Sebagai hadiah menjadi pendengar setia, aku diberikan sesi photo shoot percuma dari Saif buat bekalan cover story majalah Manggis..

Sebagai balasan, aku pun bawa la dorang berdua makan2 walaupun masing2 takde selera mengenang nasib sendiri..Dengan menjemput sekali Penanda aras dorang, Mursyidul Am Dr Love bernama Aiman bersama isteri..Aku tak tahu la betapa meruntun hati dorang malam tu..Aku pun buang la yang keruh dan ambil yang jerneh sebagai bekalan aku pulang ke Puchong semula dengan misi menyemai qaseh dijiwa..

p/s : singular, jangan lah kamu risau..aku masih timbalan pengerusi kelab kita..



Mar 27, 2009

Mari menaging

10 Perkara Yang Orang Tak Tahu Pasal Aku

1. Hati Baik

2. Takde lesen motosikal (tanak jadi rempit)

3. Masih teruna

4. Pandai berenang

5. Ada passport antarabangsa

6. Suka lepak di tepian air hujan

7. Tak makan petai

8. Penyegan + Pemalu + Nervous

9. Memahami perasaan orang lain

10. Sempurna

Kepada rakan2 yang dapat menilai, kamu lebih mengenali aku..Jadi hamburkanlah komen2 menarik tidak kira pro atau kontra..Kepada saif, aku dah sahut cabaran kamu..

Mar 22, 2009

JB vs Melaka..

Sempena saranan http://www.ikhlast.blogspot.com/, aku pun minat la nak letak post2 berkenaan travel n living..So topic kita pada kali ini sudah pasti JB vs Melaka..Kita start dengan JB dulu la kot..Sila rujuk gambarajah sebagai pedoman..

Hotel Dorsett menjanjikan kemewahan bermalam

Bersama rakan menikmati kelas 5 Bintang

Menikmati alunan lagu dari Live Band @ Danga Bay

Rumah tradisional daerah Muor

Kapal pelarian Singapura dilanda todak

Sekian tatapan untuk cari pasal di JB..Harapkan permulaan indah untuk trip simple ke Tanah Melaka..Sekali lagi rujuk gambarajah sebagai pedoman..

Dari hotel 5 bintang ke rumah tumpangan Ah Seng

River Cruise Selat Melaka syiook banget..

Ibarat berada di Venice Italy

Tokeh Asam Pedas Rancangan Warong Kita

Keris Taming Sari dah jadi menara

Pandangan heli dari menara Taming Sari

Bandaraya bersejarah naik tangga sampai mengah

Peninggalan kaum kerabat Jack Sparrow

Lawatan diakhiri dengan lompatan selamat tinggal

Setakat ini dahulu coretan masa lapang aku..Next location insyaallah cameron highland..Hope korang dapat menunggu dengan penuh sabar..Melancongah di Malaysia..Masih banyak lokasi untuk diterokai sempena ZOOM Malaysia 2009..


Mar 16, 2009

Jiwa Kosong Tanpa Lagu..

Kalau dibelek kembali kitab2 pelajaran sekolah petang darjah 1 sampai 6, memang takde satu pun yang menghuraikan pasal jiwa kosong apatah lagi cinta monyet..Maka terpikirlah aku kisah percintaan pelbagai segi yang tercetus dulu sampai terbayang lagu awie wings tragedi januari dan sebagainya..

Masuk sekolah menengah ustat2 selalu bertegas bahawa tak boleh couple2..Arakian ramailah pencari cinta disekeliling aku struggle mencari paradigma yang seswai untuk bercouple..Mula2 tulis surat, pastu bagi apple sempena apple day..Aku pun tak tau dari mana asal usul apple day ni..Mase ni la budak2 yang konon2 jambu nak tunjuk gempak..Mana taknye, sekali apple day je dapat dalam 4, 5 bijik apple sekali..Ramai la budak2 loser yang jeling lain macam je ari tu..Aku dah konfem2 masuk golongan yang dijeling walaupun agak tahyul..

Sebelum meninggalkan dunia sekolah menengah dikala Form 5..Ustat pun buat2 la ayat penyejuk hati..Dorang cakap nanti dah masuk universti korang nak bercinta, sekati korang lah..Mase tu nanti dah takde monyet2 dah..Tu la masa cari jodoh..Hati aku yang berbunga2 wangi ni mulalah study giler2 dengan harapan dapat masuk universiti..Sampai time amek result memang tak mengecewakan..

Masuk la aku ke kancah universiti tanpa rasa cinta monyet didada..Bongkak dan megah macam ronaldo score penalti lawan Liverpool ituhari..Aku yang urban ni memang la terlalu hebat untuk terjun ke kancah percintaan ni..Last2 kebongkakan aku tu makan diri sehinggalah aku tammat ambik scroll degree aku kat pentas opera..Aku cuba buat strength and weakness analysis terhadap kegagalan aku mengecap nikmat jiwa dipenuhi kasih dan cinta..

Kesimpulan yang aku dapat buat cuma mungkin aku ni terlalu sempurna..Bak kata pepatah Andra n the backbone dalam lirik2 lagu sempurna..Sayugia hasilnya, terbiar lah jiwa aku dalam kekosongan yang jauh tanpa bertemankan sebarang lagu walaupun secikai "Row2 your boat"..

Mar 3, 2009

Tanah Soljar Lagi Dikenang..

Sebagai peminat Sarjan Hassan hasil lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, aku pun pegi la Port Dickson yang terkenal sebagai pusat Soljar pertama Tanah Melayu..Tapi aku tak pegi la kem2 soljar tu..Bersama2 Taipan Elit, singgah la aku kat Corus Apartment untuk mengenang sejarah Soljar masa lalu sambil merehat minda mengadap pantai..Rujuklah gambarajah berikut sebagai pedoman;

kamar beradu kelamin

ruang tamu + dapur

jangan tiru aksi ini di rumah

Puas bergolek2 di ruang mewah ni, sampai la masa untuk menggolek ayam dan kambing langgar lari dikutip tepi jalan..

kawal air liur anda

bahan langgaran menjadi bbq

Seperti biasa penjelajahan ke tepian pantai tidak lengkap tanpa gambaran sunset dan sebagainya..Gambar2 bertaraf model adalah seperti di bawah;

beberapa sosok tubuh di angkasa

bersekutu bertambah mutu

Sebelum meninggalkan tanah soljar lagi dikenang ni, aku pun berdoa la agar roh2 soljar yang tumpah darah kat sini dicucuri rahmat..Ibarat pepohon kelapa yang rendang pabila ditiup angin..

angin menghempas pucuk kelapa

lompatan selamat tinggal buat PD

p/s : Alamilah percutian menarik di Malaysia..Sempena ZOOM Malaysia 2009..


Feb 24, 2009

50 Sen..

Di hari ahad yang indah lalu..Aku dan teman2 seperloseran pegi la asah lagi ketajaman smash Taufik Hidayat aku kat dewan Taman Melati (sebelah surau)..Baru perasan ada surau sebab main dikala waktu asar..

Dah main dalam sejam mula la rasa nak muntah lepas tu (dah 26 hari tak main raket)..Budak2 ni pegi la beli apa2 yang patut kat makcik tender kantin sekolah antarabangasa gombak (kebetulan bukak stall kat seberang jalan)..

Ada goreng pisang dan air oren beberapa cawan..Maka tercetus la perbualan berikut:

Arep Top Model (ATM) : Weh, mane korang beli air ni?

Met : Tu kat seberang jalan..

(ATM) : Bape weh?

Met : 50 sen je..

Maka bergegas la Arep ke stall makcik terbabit..Sambil catwalk dengan harapan dapat lagi murah..

Met : Azri (bukan nama sebenar)..Nah duit ko tadi aku pakai beli air 50 sen..

Azri : Alah, kire halal la..bape la sangat 50 sen tuh..Jangan buat malu aku..

Met : Ye ke..ok lah aku simpan aje..

Sejurus kemudian, tibalah Arep dengan segugus bungkusan cawan air oren 50 sen makcik tender kantin seberang jalan..Lalu berkatalah Azri..

Azri : Met, bak la balik 50 aku tu..bil air umah aku RM 7.50 bulan ni..


p/s: Aku jugak yang teguk air2 tu tanpa mengeluarkan sebarang sen pun..

Feb 23, 2009

Olimpik 2012..

Dalam 2 minggu lepas, adalah pak menteri belia dan sukan melancarkan majlis sukan2 target untuk olimpik 2012..Pak Lah pun ada jugak mengharap kat pasukan bola yang tengah tido skang ni..Tapi biar aku fokus yang olimpik ni dulu..Dorang harap sukan badminton, lumba beskal dan memanah jadi taruhan la kat sana nanti..

Badminton memang aku dah taraf2 Taufik Hidayat..Lumba beskal takyah citer la..Memang dari kecik lagi ayah aku dah belikan beskal kayuh satu kampung..Setakat Hoy dari Britain tu lek2 je aku kayuh..So skang aku nak fokus la bab memanah ni..Saksikan gambarajah berikut:

Belakang : Pro..Hadapan : Novis

Memberi tunjuk ajar kepada pemanah novis

Kalo korang rasa2 nak berstatus pro macam aku, pegi la main2 panah kat venue ini bertempat di Sunway Piramid sebelah tempat main bowling..Rate agak meransang minat dengan tawaran yang aku main ni 3 kepala RM 36.00..Dorang bagi dalam 30 batang arrow sorang..Korang panah la dinding tu sampai puas (jangan buat panahan di rumah)..

So apa lagi rakan2 di luar sana..Sahutlah cabaran Olimpik 2012 acara memanah ni sebab aku tengok si Marbawi tu pun bese jer..Bagi la tentangan kat dorang yang ntah bile2 ntah nak perform ni..Jumpa di sana..

Feb 15, 2009

Ada Apa Dengan Valentine..

Citer pasal Valentine je, aku rasa sumer dah tau..Kecuali Sifu & Tongga..Bende ni berkisar dengan semangat kecintaan pada 14 Februari bersamaan 19 Safar yang lalu..Pendek cerita, aku kene la pegi kursus kat Palm Garden Hotel..Ye la kerja gempak mesti buat kursus pun tempat gempak..

ini bukan imaginasi anda

Malang sket la sebab kursus aku bukan untuk menghayati Valentine..Nak citer pun segan..So aku skip je la yang tu..Aku yang terlampau urban ni mula2 memang la tak perasan sangat yang malam tu ade dinner sempena Valentine..

sebelum

selepas

Syahdu betul hati mengenangkan rakan2 aku yang tak berdaya nak dinner sebegini rupa..Asyik2 ngadap muka sama je kat umah sambil isap rokok layan raja lawak..TV tu pun dah naik bosan ngadap muka yang sama hari2..


gerbang kecintaan yang sukar ditembusi oleh aku dan samel

Untuk korang yang masih mencari kenikmatan Valentine duniawi ni, aku nasihatkan korang standby la dalam sebulan lebih awal..Kalo time tu pun still takde awek gak, korang bawak jela adik ke, mak ke, bibik ke..Ade beb aku nampak orang bawak mak die malam tu..Tak caye korang check la kat receptionist..

Feb 10, 2009

Depa Cuak Dah..


Maka berlagsunglah kejohanan futsal piala ATTOP 2009 pada 7 & 8 Februari lalu..Sebagai player yang ala2 Steven Gerrard, member2 aku sure sedih punye kalau aku tak participate..Ramai jugak la awek2 yang hadir semata2 nak mencuci mata tengok aku sepak bola..

Berbekalkan kasut Nike ori yang aku sauk kat mat pit dengan bayaran RM 20, aku pun main la lek2 jer..Ye la, taraf aku kan EPL style..Takkan nak main serius bangat..Tapi hasil daripada sikap bersahaja aku tu, dapat la team aku jadi antara 8 terbaik (suku akhir)..

Kejohanan kali ini ada macam2 kategori..yang best nye, korang dapat tengok macam mana Kedah beat Man Utd..Ni aksi2 dalam kategori kelab penyokong..Team aku yang hebat tak main la dalam kategori ni..Kitorang join open punye kategori..Baru ada class..

Budak2 Kedah siap bawak la fan club dekat satu bas..Asal diorang main je, boleh la dengar laungan berbaur saiko kepada pemain lawan..Ayat2 biasa diorang ni sudah pastinya "cuak dah"..Asal keeper lawan kene serang je, diorang jerit "cuak dah"..Memang la team2 bertaraf rendah tu akan berasa cuak..

Sebagai team yang bersemangat kesukanan tinggi, kitorang pun tunggu la sampai match2 separuh akhir habis..Masa ni la baru dapat tengok laungan "cuak dah" memakan diri..Akhirya team Kedah kecundang dalam suasana sunyi sepi menghantui fan club diorang..Bersoraklah penyokong2 yang ntah dari mana2 ntah, ke atas pemain2 Kedah dengan sorakan "CUAK DAH"..

p/s : "cuak tu ape?"..soal gadis cantik yang baru amek autograf aku.."cuak tu ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena"..jawab aku dengan selamba..

Feb 6, 2009

Beta Murka..

Maka terpalitlah kisah macam pelek la bagi aku, kat negeri Perak 2,3 hari ni..jap2 kerajaan pkr, tup2 kerajaan bn..sayugia 'bekas menteri besar' dari pkr memohon mencemar duli tuanku nak bersikap derhaka..macam kisah david becham nak main Milan, fabregas nak main Barcelona..ni kisah semalam..tak cukup dengan permohonan derhaka, hari ni punye berita plak 'beliau' nak failkan saman kat sultan..kalau aku tak beran beb..ampun tuanku, patik pacal yang hebat..kalau korang la dalam kasut sultan, 'in his majesty shoes' bahasa simboliknya, korang nak murka ke tak?
kalau aku.......BETA MURKA!

notakaki : aku tak berpihak mana2 parti ok..

Feb 4, 2009

Salam perjuangan..

wahai bloggers di luar sana..view je la blog ni..ramai orang kata aku hebat..terpulanglah kepada orang2 yang ikhlas mentafsir..aku harap korang dapat bagi sokongan..sapela aku yang hebat ni kalau takde orang view blog aku..selamat berkenalan..chioww..