Feb 24, 2009

50 Sen..

Di hari ahad yang indah lalu..Aku dan teman2 seperloseran pegi la asah lagi ketajaman smash Taufik Hidayat aku kat dewan Taman Melati (sebelah surau)..Baru perasan ada surau sebab main dikala waktu asar..

Dah main dalam sejam mula la rasa nak muntah lepas tu (dah 26 hari tak main raket)..Budak2 ni pegi la beli apa2 yang patut kat makcik tender kantin sekolah antarabangasa gombak (kebetulan bukak stall kat seberang jalan)..

Ada goreng pisang dan air oren beberapa cawan..Maka tercetus la perbualan berikut:

Arep Top Model (ATM) : Weh, mane korang beli air ni?

Met : Tu kat seberang jalan..

(ATM) : Bape weh?

Met : 50 sen je..

Maka bergegas la Arep ke stall makcik terbabit..Sambil catwalk dengan harapan dapat lagi murah..

Met : Azri (bukan nama sebenar)..Nah duit ko tadi aku pakai beli air 50 sen..

Azri : Alah, kire halal la..bape la sangat 50 sen tuh..Jangan buat malu aku..

Met : Ye ke..ok lah aku simpan aje..

Sejurus kemudian, tibalah Arep dengan segugus bungkusan cawan air oren 50 sen makcik tender kantin seberang jalan..Lalu berkatalah Azri..

Azri : Met, bak la balik 50 aku tu..bil air umah aku RM 7.50 bulan ni..


p/s: Aku jugak yang teguk air2 tu tanpa mengeluarkan sebarang sen pun..

Feb 23, 2009

Olimpik 2012..

Dalam 2 minggu lepas, adalah pak menteri belia dan sukan melancarkan majlis sukan2 target untuk olimpik 2012..Pak Lah pun ada jugak mengharap kat pasukan bola yang tengah tido skang ni..Tapi biar aku fokus yang olimpik ni dulu..Dorang harap sukan badminton, lumba beskal dan memanah jadi taruhan la kat sana nanti..

Badminton memang aku dah taraf2 Taufik Hidayat..Lumba beskal takyah citer la..Memang dari kecik lagi ayah aku dah belikan beskal kayuh satu kampung..Setakat Hoy dari Britain tu lek2 je aku kayuh..So skang aku nak fokus la bab memanah ni..Saksikan gambarajah berikut:

Belakang : Pro..Hadapan : Novis

Memberi tunjuk ajar kepada pemanah novis

Kalo korang rasa2 nak berstatus pro macam aku, pegi la main2 panah kat venue ini bertempat di Sunway Piramid sebelah tempat main bowling..Rate agak meransang minat dengan tawaran yang aku main ni 3 kepala RM 36.00..Dorang bagi dalam 30 batang arrow sorang..Korang panah la dinding tu sampai puas (jangan buat panahan di rumah)..

So apa lagi rakan2 di luar sana..Sahutlah cabaran Olimpik 2012 acara memanah ni sebab aku tengok si Marbawi tu pun bese jer..Bagi la tentangan kat dorang yang ntah bile2 ntah nak perform ni..Jumpa di sana..

Feb 15, 2009

Ada Apa Dengan Valentine..

Citer pasal Valentine je, aku rasa sumer dah tau..Kecuali Sifu & Tongga..Bende ni berkisar dengan semangat kecintaan pada 14 Februari bersamaan 19 Safar yang lalu..Pendek cerita, aku kene la pegi kursus kat Palm Garden Hotel..Ye la kerja gempak mesti buat kursus pun tempat gempak..

ini bukan imaginasi anda

Malang sket la sebab kursus aku bukan untuk menghayati Valentine..Nak citer pun segan..So aku skip je la yang tu..Aku yang terlampau urban ni mula2 memang la tak perasan sangat yang malam tu ade dinner sempena Valentine..

sebelum

selepas

Syahdu betul hati mengenangkan rakan2 aku yang tak berdaya nak dinner sebegini rupa..Asyik2 ngadap muka sama je kat umah sambil isap rokok layan raja lawak..TV tu pun dah naik bosan ngadap muka yang sama hari2..


gerbang kecintaan yang sukar ditembusi oleh aku dan samel

Untuk korang yang masih mencari kenikmatan Valentine duniawi ni, aku nasihatkan korang standby la dalam sebulan lebih awal..Kalo time tu pun still takde awek gak, korang bawak jela adik ke, mak ke, bibik ke..Ade beb aku nampak orang bawak mak die malam tu..Tak caye korang check la kat receptionist..

Feb 10, 2009

Depa Cuak Dah..


Maka berlagsunglah kejohanan futsal piala ATTOP 2009 pada 7 & 8 Februari lalu..Sebagai player yang ala2 Steven Gerrard, member2 aku sure sedih punye kalau aku tak participate..Ramai jugak la awek2 yang hadir semata2 nak mencuci mata tengok aku sepak bola..

Berbekalkan kasut Nike ori yang aku sauk kat mat pit dengan bayaran RM 20, aku pun main la lek2 jer..Ye la, taraf aku kan EPL style..Takkan nak main serius bangat..Tapi hasil daripada sikap bersahaja aku tu, dapat la team aku jadi antara 8 terbaik (suku akhir)..

Kejohanan kali ini ada macam2 kategori..yang best nye, korang dapat tengok macam mana Kedah beat Man Utd..Ni aksi2 dalam kategori kelab penyokong..Team aku yang hebat tak main la dalam kategori ni..Kitorang join open punye kategori..Baru ada class..

Budak2 Kedah siap bawak la fan club dekat satu bas..Asal diorang main je, boleh la dengar laungan berbaur saiko kepada pemain lawan..Ayat2 biasa diorang ni sudah pastinya "cuak dah"..Asal keeper lawan kene serang je, diorang jerit "cuak dah"..Memang la team2 bertaraf rendah tu akan berasa cuak..

Sebagai team yang bersemangat kesukanan tinggi, kitorang pun tunggu la sampai match2 separuh akhir habis..Masa ni la baru dapat tengok laungan "cuak dah" memakan diri..Akhirya team Kedah kecundang dalam suasana sunyi sepi menghantui fan club diorang..Bersoraklah penyokong2 yang ntah dari mana2 ntah, ke atas pemain2 Kedah dengan sorakan "CUAK DAH"..

p/s : "cuak tu ape?"..soal gadis cantik yang baru amek autograf aku.."cuak tu ibarat makan tak kenyang, tidur tak lena"..jawab aku dengan selamba..

Feb 6, 2009

Beta Murka..

Maka terpalitlah kisah macam pelek la bagi aku, kat negeri Perak 2,3 hari ni..jap2 kerajaan pkr, tup2 kerajaan bn..sayugia 'bekas menteri besar' dari pkr memohon mencemar duli tuanku nak bersikap derhaka..macam kisah david becham nak main Milan, fabregas nak main Barcelona..ni kisah semalam..tak cukup dengan permohonan derhaka, hari ni punye berita plak 'beliau' nak failkan saman kat sultan..kalau aku tak beran beb..ampun tuanku, patik pacal yang hebat..kalau korang la dalam kasut sultan, 'in his majesty shoes' bahasa simboliknya, korang nak murka ke tak?
kalau aku.......BETA MURKA!

notakaki : aku tak berpihak mana2 parti ok..

Feb 4, 2009

Salam perjuangan..

wahai bloggers di luar sana..view je la blog ni..ramai orang kata aku hebat..terpulanglah kepada orang2 yang ikhlas mentafsir..aku harap korang dapat bagi sokongan..sapela aku yang hebat ni kalau takde orang view blog aku..selamat berkenalan..chioww..