Wednesday, December 30, 2009

Warkah Terakhir Buat Ninda..

Tanggal 9 zulhijjah yang lalu pergi sudah ninda ku ke rahmat Ilahi. Pagi raya haji bertukar duka berendam air mata (kalangan kaum hawa je la sebab hati aku keras). Detik pemergian dapat aku rasai selepas aku berjaya drag kereta aku dari puchong terus ke hospital teluk intan tiba pukul 12.30.

Ninda pergi tepat jam 1.30 ptg waktu tempatan. Waktu anggaran yang amat tepat dibuat oleh doktor paling senior kat tempat tu. Die cakap ninda boleh bertahan 24 jam saja dari waktu masuk wad di mana ninda masuk pukul 2 petang hari sebelumnya..

Ninda ku amat dirindukan sebab beliau merupakan jaguh pembuat lemang dan kueh lopes terbaik dari ladang. Tidak dilupa juga pada gulai kari udang galah menusuk kalbu apabila menjamahnya. Lemang ninda adalah sebuah seni level masterpiece sebab peminatnya ada sehingga ke negeri singapura.

Macam2 lagi kenangan yang ditinggal ninda sehingga tidak terdaya hendak ku garap. Apa yang pasti aku akan sentiasa mengenangmu ninda. Semoga tenanglah engkau di sana dan dicucuri rahmat. Amiiin...

Thursday, November 12, 2009

Nur Qaseh..

Nuuur Kasiiih~~

Nuuur Kasiiih~~


Itulah bait2 berhantu lagu drama fenomena masa kini nyanyian Yasin..Kalau aku nyanyi pun sure berhantu jugak sebab orang kata suara aku memang dekat2 level Yasin..Sebuah lagi drama yang berjaya hasil buah fikiran Kabir Bhatia selepas Kekaseh Ku Seru..Dengan kualiti editing gambar samar2 dapat menaikkan emosi penonton yang jelas obses dengan watak Nur, Adam dan sebagainya..

Sebagai blogger dan penonton drama separa tegar, aku juga tak terlepas dari fenomena drama Nur Qaseh ni..Mane taknye masyarakat setempat dah mula panggil aku Remy..Aku cuba menolak tapi dorang bertegas nak panggil aku camtu jugak..Sebagai manusia berdiplomasi aku terima je la ape orang nak kata..

Berbalik kepada topik asal tadi, aku dipahamkan drama Nur Qaseh ni tinggal 2 episod sahaja lagi selapas tayangan perdana hari ini..Jadi ramailah peminat yang bersemangat, eksaited, sedih dan macam2 lagi la..Tidak kurang juga bisnes2 yang boleh mengambil kesempatan di atas rating mencanak drama ni..Berikut adalah senarai bisnes yang melonjak :

1) Apek kedai TV LCD 40 inchi - Demand terhadap TV LCD 40 inchi komfem meningkat naik sebab makcik2 yang rabun jauh nak tengok TV dari dapur..Bawah 40 inchi tak jelas..

2) Pembekal Tissue jenama Premier - Perniagaan ni memang maju..Kalo tak caye korang chek kat pengemis buta kedai mamak..Pasti cap Premier..

3) Kedai Tudung Nur Qaseh - Ni antara yang ngetop skali sebab kat Malaysia ni memang ramai perempuan..

4) Songkok ala2 Aidil - Ni feveret cekgu2 sekolah over 40 tahun..Kalo pakai songkok akan kelihatan 10 tahun lebih muda..

Cukup la 4 pilihan rawak yang aku senaraikan sebab kalo ikutkan hati memang ape2 bisnes pun bleh maju selari dengan drama Nur Qaseh ni..Jadi korang sebagai peminat tegar drama ni boleh la tolong siket2 nak kembalikan kestabilan ekonomi negara..Ye la drama ni pun boleh dianggap sebagai pakej ransangan ekonomi sebab banyak bisnes boleh buat untung dari sekecil tissue sampai sebesar TV..

Friday, October 30, 2009

Hati untuk diberi..

Bulan ini aku bertekad juga untuk mencoret sekeping entri buat renungan semua pembaca di luar sana..Semua makhluk punya hati bukan? Mengikut fakta sains hati terletak berhampiran dengan jantung sebab tu la kalau hati sudah disentuh jantung akan berdegup..(jangan cuba aksi menyentuh hati ini secara tersurat di rumah mahupun di hospital)..

Semua makhluk yang punya hati mesti suatu hari nanti mahu memberi hati itu kepada sesuatu, sesebuah dan seseorang..Situasi pemberian hati bisa diterjemahkan dalam pelbagai cara dan situasi yang simple mahupun kompleks..

Situasi 1 : Abg char kuew teow Malinja memasak dengan sedap untuk santapan para customer..

Situasi 2 : Seorang ayah membelikan sepasang anting-anting buat anak tersayang..


Kedua2 situasi di atas adalah berbeza jika dipandang dari sudut orthodox tetapi sebenarnya kedua2 situasi ini melibatkan pemberian hati..Seperti abg char kuew teow yang memasak dengan sepenuh hati, perasaan itu akan disampaikan dengan kelazatan char kuew teow tersebut..Begitu juga dengan situasi kedua dimana ayah memberi hatinya serentak dengan anting2 tersebut kepada anaknya..

Objektif kedua2 situasi ini hanya akan tercapai apabila si pemakan char kuew teow berpuas hati dan kenyang dengan apa yang dimakan dan anak yang menerima anting2 itu selesa dan gembira dengan pemberian ayahnya..Jika tidak, paham2 sendiri lah..

Konklusinya, berilah apa jua bentuk pemberian dengan sepenuh hati supaya dapat menterjemahkan maksud tersirat disebalik setiap pemberian..Kerana semua makhluk di dunia ini punya hati untuk diberi..


Tuesday, September 29, 2009

Lebaran..

Belum terlewat untuk aku ucapkan Salam Lebaran buat semua para bloggers yang bergiat aktif di muka bumi ini..Menjelang raya itu hari aku dah berjaya menahan diri dari segala gejala yang boleh mengurangkan tahap iman aku..Orang kata makin nak hujung2 puasa makin kuat lah buat ibadat namun aku sangsi kerana ternyata tempat2 'ibadat' yang dibanjiri hanyalah Jalan T.A.R dan SOGO..

Walaupun ayat2 aku hujung perenggan pertama tadi agak poyo, aku terpaksa juga mengaku bahawa aku pun tergolong sekali dalam orang2 yang terjah tempat itu..Tapi aku balik rumah terus insaf dan buat la ibadat untuk cover balik kehilangan duit dan iman aku tatkala di tempat kejadian..

Dah banyak perabis kene cover balik

Raya tahun ni meriah macam biasa..Meriah pun sebab ada selebriti macam aku balik kampung..Budak2 la tak sudah2 nak ambek gambar dengan aku..Tapi yang terbaliknya aku pulak yang kene bayar duit raya kat diorang..Sepatutunya aku la dapat duit royalti perlindungan sebab diorang dapat bergambar dengan selebriti..

Tahun ni aku agak sedikit upset sebab perut aku buat hal sebelum raya..Mana taknye mak aku masak lauk untuk kerinduan setahun tak makan khas untuk aku..Aku pun bedal la..Aduss kacau daun je aku nak layan satay dekat rumah jiran..Nak bakar lemang sehari sebelum raya pun kuar masuk jamban..kepada sesape yang sakit perut makan lemang tu aku mintak maap..

Konklusinya aku ada memasang beberapa persoalan dan harapan selepas raya ni..Adakah tahun depan masih dalam keadaan begini? Masih beraya di satu kampung? Masih menangis ketika pulang sambil menggigit stereng? Jumpa lagi tahun depan..

Monday, August 24, 2009

Puasa..

Maka hari ini sudah 3 hari umat Islam sedunia berpuasa..Dikesempatan ini, aku sebagai blogger separa tegar ingin memohon ampun dan maaf kepada semua blogger yang aktif di atas bumi..Korang tetap best dengan entry2 yang mampu menghalau kelaparan dibulan puasa ni..

Sekali-sekali aku rajin ni nak story la sket citer2 menarik yang berlaku pada kawan2 aku pada bulan puasa..Masa kat asrama, korang kene bertugas jaga lauk berbuka korang dengan rapi..Kalo tak nnti kene hinggap lalat, malam tu jugak la korang bercinta dengan toilet..

Masa kat universiti, lepas berbuka ingat nak pegi terawih kat masjid luar yang imam laju..Sebab imam kat masjid dalam kampus bapak slow..Nak abes 8 rakaat pun dah dekat pukul 11..Tapi malang la kalau ari sabtu..Oleh kerana masjid kat sebelah benteng gerai makan, ada yang sangkut tak sampai masjid sebab ada game Man Utd vs Arsenal..

Masa dah keje, dah berangan2 nak balik awal bukak pose dengan tunang..Tapi baru je nak angkat beg bos dari dalam sudah usha lain macam..Seminit lepas usha tibe2 je secretary kasi penuh korang punya IN tray..Keluar opis kol 6 dengan harapan sempat sampai umah..Last2 sangkut dalam traffic jam, bebuka la dengan cara paling syahdu..Korek idung..

Jadi kawan2..Hargailah detik2 indah Ramadhan korang dengan ibadah2 yang wajar..Jangan syook sangat beli barang kat bazaar ramadhan..Bersederhana sehinggga menjelang hari raya..

Krrook kreekk..Alamak perut aku dah bunyi la..Aku gerak gi bazaar dulu..

Wednesday, July 22, 2009

Aku tiada harta..


Dah 2 tahun aku dalam arena pekerjaan tanpa perlu join MLM* dan tanpa perlu berlakon kayu dalam iklan tv..Jadi stakat ni aku dapat la kumpul harta2 berikut :

1) Jam ESPRIT petaling street

2) Telefon bimbit N73 recon jalan pasar

3) Dompet duit POLO uptown danau

4) Kunci kereta EVO 8 bertakhtakan key chain LIVERPOOL (kunci je)

5) Sekotak rokok Sampoerna gambar janin (ori RM 5.50)


Kesimpulannya, aku still boleh dapat beli harta benda yang halal dari punca rezeki yang halal tanpa perlu melakonkan watak keluarga Pak Malau dalam iklan tv..Yang penting aku hepi sudah la..Income tax banyak potong je yang aku tak hepi..Takpe, nak buat sekolah..

nota tumit : MLM ni sejenis bisnes network marketing dengan nama panjang "multi-level marketing"

Tuesday, July 14, 2009

Cinta..

Mintak maap jika tajuk entri kali ini agak jiwang..Aku nak story siket kat lu orang pelbagai destinasi cinta yang dah berjaya dicapai oleh manusia sekeliling aku dari dulu sampai sekarang..Aku rasa nak start dengan kisah cinta agung T dengan Y..(nama adalah dirahsiakan atas sebab2 tertentu)..

Kisah dorang ni start awal gile beb, seawal tahun 2001 kalo tak silap..Mase kat matrik belaja bahasa inggeris ala2 PPSMI..Macam2 la suka duka yang aku dengor dan yang aku tak dengor..Sampai la babak kesah percintaan yang menjadi kegemaran si Singular sampai terkesan dalam hati tanak maapkan si T sampai hari ini..

Si T membuat sketsa seribu babak mengisahkan die merajuk dengan si Y sampai sanggup jalan kaki dari LRT sampai ke asrama..Jauh lebih kurang dari Pudu ke Sentul..Di tambah lagi adegan pau mengepau menimpa si T yang rugi dalam 50 hengget dan rupa comot2..Dengan muka yang penuh kasihan si T gebang kitorang malam tu..Percayalah, cerita ni semua adalah rekaan semata-mata yang hanya terbongkar baru2 ni..Sebab tu la Singular makan hati sampai sekarang..(tunggu la cerita lu episode akhir nanti)..

Kenapa aku pilih kisah ni sebagai pendahulu carta? Dorang ni memang ngetop la dipelosok fakulti sehingga ke makcik cleaner dan makcik kantin..Tapi percayalah rakan2, cinta itu sungguh buta..Kesah yang bertahan sekian lama berakhir dengan haluan yang berlainan walaupun penamat yang serupa..

Akhirnya T dan Y menamatkan zaman bujang pada hari yang sama pada bulan Jun yang lalu..Tapi kenapa aku cakap hari yang sama? Sebab pasangan dorang berbeza..Fikir2kan dan selamat beramal..