Oct 29, 2011

Kami Mahu Messi!!!

Minggu lepas gua baru setel join Sukan KPDNKK & Agensi. Gua tak minat maen game yang simple2 macam karom atau dart. So gua masuk team Bola Tampar. Stailo sket.

Macam biasala ape2 game yang gua join ni paling kurang mesti mau masuk Final. Dah penat spike sampai pecah lantai dalam game2 sebelum final, gua pun rilek la kat luar jadi reserve untuk set pertama. Kebetulan lawan kami kat Final memang KPDNKK.

Kitorang tak goyang sangat sebab dalam grouping dah menang pun dengan diorang. Yang bestnye, diorang punya penyokong memang seramai 2 bijik bas boleh muat. Tapi tak boleh sorak lebih2 sebab team diorang kena pukul. Tiba2.....


Penyokong KPDNKK : "KAMI MAHU MESSI!!!!!!!"


******


Gua : Bile mase plak Messi maen bola tampar? Oooo..Lupe plak jersi gua no 10...

Oct 16, 2011

Gua Boleh.. Lu Orang??

Gua dah letak high expectation kat baka gua ni.. Ternyata harapan gua tak meleset. Rujuk je gambarajah di bawah :

Gua Boleh.. Lu Orang?

Budak di atas sudah bikin panas. Cabaran dilaungkan kepada rakan2 sebaya. Tapi budak ni baru 1 minggu la ketika gambar diambil. Ada beran?


Gua : Well done son!

Oct 8, 2011

Nidal Shafiy..

Salam geng...

Sudah saban bulan gua menyepi. Gua syak memang ramai yang dah menyumpah gua. Gua siap dengar desas-desus sampai ada awek-awek yang meroyan sebab everytime bukak blog ptos, nama blog gua still kat bawah sekali. Terus hysteria...

Gua tanak citer lebih2 sangat fasal komplen2 nih. Sebab bile gua dah start nak menulis, gua mesti lengkapkan jiwa dan minda gua dengan visi & misi yang lemak berkrim. Ye la bak kata awek-awek yang membaca, kalo blog tak kelakar kami malas nak view. whateverrrrrrr (dengan slang kardashians)

So untuk permulaan gua nak buat sikit pendedahan la sebab gua rasa belum cukup satu dunia lagi yang dah tahu bahawasanya gua sudah menjadi bapak (jangan hysteria ye awek-awek). Yang last gua update kat sini time bini gua dah hamil 5 minggu. Biasela orang pertama kali kahwin dia punya eksaited memang laen macam (sori isteri). Kalau boleh memang mahu buat Press Conference.

Gua telah menimang seorang anak lelaki pada hari Sabtu 24 September 2011. Gua syak ini hari lahir sama dengan pengasas syarikat2 gergasi dunia. Genap seminggu kami perah kepala memikirkan nama anak, akhirnya gua sampai ke kaunter JPN pada hari Jumaat yang mulia dengan nama Nidal Shafiy..

Sila rujuk gambarajah di bawah :


Saya nak duit raya...Sekian

Gua serius beb. Sebab gua dengar anak gua nangis macam nak duit raya, bukan nak minum susu. Kasi susu dia reject. Mentang2 la lahir sipi2 lagi bulan Shawal nak habis. Cett...


Gua : Duit raya papa simpan eh...