Apr 26, 2009

Ada apa dengan declare..

Declare merupakan perkataan keramat untuk para pencari cinta dikala musim mengawan..Tapi ramai yang tk paham apa maksud disebalik perkataan keramat ni..Masa high school dulu pun budak2 hingusan bukan tau apa maksud declare dari sudut bahasa pn..

Kita deduce kembali maksud declare dari segi bahasa atau literal meaning..Ia diambil daripada huruf dal, kaf dan lam ataupun dakala yang bermaksud isytihar atau menghebah..Dari segi technical meaning pula declare ini bermaksud berteguh dalam hati dan mengaku dengan lidah bahawa kamu sedang ingin bercinta dengan seseorang..

Macam biasa kisah2 cintan mesti start pada umur 18 tahun bersamaan dengan umur ke pengajian tinggi..Ramailah abang2 gersang yang mencari sayang2 memerlukan seawal semester pertama lagi..Nak2 pilak budak2 yang dulu high school semua budak lelaki..Pergh bapak sangap bak kata pepatah irama dan lagu, ombak dan pantai dan macam2 lagi..Aku pun tak dapat lari dari perkara2 macam ni..

Tapi atas dasar tak paham maksud sebenar declare, banyak lah terjadi kisah cintan yang putus di tengah jalan..Ye la mana ada cikgu kat sekolah dulu ajar cara2 nak declare dengan gadis2 berkenan dihati..Jumpe target dalam kelas, curi2 no telefon awek yang ditarget kat listing attendance, kacau2 pakai sms sebagai secret admirer sampai last2 kantoi..Apa murah punya stail..

Tapi tak kesah asalkan dapat layan jiwang dengan awek tu..Pastu mula la adegan drama swasta taraf rendah yang biasanya berlaku di public phone 10 sen..Ni yang paling best sebab ada satu masa tu bubuh 10 sen dengan timing yang tepat, korang dapat gayut unlimited..Memang heaven..Bergayut bagai nak rak sampai beratur panjang nak tunggu turn, last2 kene ambush dengan warden..

Tapi disinilah wujudnya kelemahan terhadap pemahaman declare..Dah bercinta gila2 kat telepon, lupa nak declare terus status masing2 yang akhirnya membawa kepada kegagalan (atas kajian kebanyakan kes pada tahun 2001)..Tapi tidak semuanya gagal..Yang pandai mendeclare pun ada yang berjaya..Proses declare pun best gak sebenarnye..

Mula2 beli kad,bagi kad, notis 24 jam, dan akhirnya officially declare..Masa notis 24 jam ni yang paling bergetaran jiwa..Si abang tak senang duduk kat bilik, si sayang mintak pendapat classmate si abang dan senior2 yang dah ada pengalaman..Masa yang ditunggu telah tiba..Dengan berbekal handset Nokia 3310 (fesyen paling ngetop zaman tu) di tangan sejak 23 jam yang lalu..

kringgg...kringg..

Si sayang : Hmm..awak dah ready ke dengan keputusan kite?

Si abang : Sudah (nada terketar2)


Si sayang : Saya terima awak..

Si abang : Yes..

tup...(excited sampai terletak telepon)

Macam tu la sedikit sebanyak paparan aku pasal entry kali ni..Harap korang yang dah tua2 tu sedarlah, dah terlambat dah nak declare2 skarang ni..Ape yang korang rasa berkenan, bawak je cincin belah rotan ajak tunang..Setel cerita..

Apr 19, 2009

Tembakan Bebola Cat..


Semalam pergi bersukan aku ke Padang Astaka Petaling Jaya tanpa meletak sebarang harapan tinggi..Ye lah bak kata orang player beginner walaupun kacak..Tapi itu tidak sedikitpun melunturkan semangat aku menembak cat ke arah musuh..Rujuk gambar sebelah sebagai tatapan asas permainan ini..Orang kata dress code aku ala2 nak ke KLCC @ MID VALLEY..Aku terima semua itu sebagai pujian terhadap manusia sempurna..Terpulang kalian mentafsir kesempurnaan seseorang manusia itu mengikut citarasa masing2..

Tembakan demi tembakan ku harung penuh tabah..Tanpa kusedari pasukan aku yang pada awalnya mengantuk dan longlai menjadi pasukan digeruni pada akhirnya..Taktikal ala2 main polis sentri kampung boy yang kuterapkan ke dalam permainan menjadi igauan pihak musuh..Maka termaktublah kesempurnaan yang digilai segenap masyarakat dengan kemenangan yang amat manis..Saksikan buktinya..Marilah rakan2 sekalian kita santaikan minda dengan menembak kawan dan lawan..

nota hati : Rakan2 cabarlah diri, menang RM 1000 suka hati..

Apr 13, 2009

From Puchong with Love..


Hari ahad yang lalu pergilah aku berkelana ke daerah Kuala Lumpur mencari ketenangan..Bukan untuk mengubat hati yang lara, tidak pula untuk merawat luka yang terpendam..Maka bergeraklah aku ke rumah pertama membuat suprise kepada ahli2 nya..

Setibanya aku ke rumah agam itu aku disambut dingin oleh Met dan Zedil..Bukan dingin yang negatif tu, masa tu hujan renyai2..Seterusnya bermulalah episod demi episod malang ibarat ayat2 Jamal Abdillah kat ABPBH ahad malam ituhari..

Met : Asun, ni ada kad2 untuk ko..

Alcapone : Kad apa?

Met : Kad kawin aku n sawit..

Alcapone : Nah la bisnes kad aku sebagai balasan..

(Menggelabah dapat kad kawin kawan2 mengenang nasib diri sendiri serta senior2)

Selesai episod sebabak di rumah itu, pergi pula aku berkelana ke rumah kedua..Terletak pula agak berhampiran dalam jajahan DBKL..Harap2 ada aktiviti pengubat rasa gelabah sebentar tadi..

trreet..trreet..

Prosper : Halo, ko kat ne?

Alcapone : Aku on the way gi umah ko..siap2 kan la apa yang patut..Tapi jangan bagi kad kawin..

Prosper : Ok datang la..kad aku lambat lagi..

Alcapone : Ok, bye..tup..

Masuk aku ke rumah hanya terdapat sesosok tubuh berdarah manis sedang meratah nasi lauk ayam hasil belian di sebelah restoran bida'ah..Kata Prosper, sejak berdarah manis dia dah jarang keluar rumah walaupun untuk berdating..Ingin mendalami ilmu kekeluargaan dan housekeeping katanya..Minggu depan dah nak attend kursus pra perkahwinan..Aku pun refresh kan la balik cara2 berzikir, berdoa, mengaji dan sewaktu dengannya..

Penat gak la episod aku perlu lakonkan kat umah prosper ni..Sampai la ku ke tugasan terakhir..
Bertandanglah aku ke rumah senior2 yang masih mencari hala tuju kehidupan (lebih manggelabah daripada aku)..Juga terletak di jajahan DBKL..Terdampar dua sosok tubuh senior aku dulu..Sorang tengah belek2 kamera Canon EOS 1000D dan sorang lagi tengah layan FIFA 2009 kat laptop..Sungguh syahdu aku lihat gelagat dorang..Dikala member2 lain dah start hitung hari kelahiran anak masing2, dorang masih disitu..


Saif : Susah la asun skang ni..Dulu sebelum Aiman kawin, dak2 slalu dtng lepak ngan ktorang..skang apa dah jadi..Tinggal la aku menggelabah pikir masa depan..

Alcapone : Rilek la..Dorang rasa terancam dengan kesempurnaan ko..Sebab tu dorang kawin cepat..(Ayat2 menyejukkan hati senior)

Lalu berceritalah Saif tentang percintaan tiga segi yang menimpanya..Aku cuba untuk buat2 menghayati jalan ceritanya sebagai cara mengambil hati..Sebagai hadiah menjadi pendengar setia, aku diberikan sesi photo shoot percuma dari Saif buat bekalan cover story majalah Manggis..

Sebagai balasan, aku pun bawa la dorang berdua makan2 walaupun masing2 takde selera mengenang nasib sendiri..Dengan menjemput sekali Penanda aras dorang, Mursyidul Am Dr Love bernama Aiman bersama isteri..Aku tak tahu la betapa meruntun hati dorang malam tu..Aku pun buang la yang keruh dan ambil yang jerneh sebagai bekalan aku pulang ke Puchong semula dengan misi menyemai qaseh dijiwa..

p/s : singular, jangan lah kamu risau..aku masih timbalan pengerusi kelab kita..