Apr 13, 2009

From Puchong with Love..


Hari ahad yang lalu pergilah aku berkelana ke daerah Kuala Lumpur mencari ketenangan..Bukan untuk mengubat hati yang lara, tidak pula untuk merawat luka yang terpendam..Maka bergeraklah aku ke rumah pertama membuat suprise kepada ahli2 nya..

Setibanya aku ke rumah agam itu aku disambut dingin oleh Met dan Zedil..Bukan dingin yang negatif tu, masa tu hujan renyai2..Seterusnya bermulalah episod demi episod malang ibarat ayat2 Jamal Abdillah kat ABPBH ahad malam ituhari..

Met : Asun, ni ada kad2 untuk ko..

Alcapone : Kad apa?

Met : Kad kawin aku n sawit..

Alcapone : Nah la bisnes kad aku sebagai balasan..

(Menggelabah dapat kad kawin kawan2 mengenang nasib diri sendiri serta senior2)

Selesai episod sebabak di rumah itu, pergi pula aku berkelana ke rumah kedua..Terletak pula agak berhampiran dalam jajahan DBKL..Harap2 ada aktiviti pengubat rasa gelabah sebentar tadi..

trreet..trreet..

Prosper : Halo, ko kat ne?

Alcapone : Aku on the way gi umah ko..siap2 kan la apa yang patut..Tapi jangan bagi kad kawin..

Prosper : Ok datang la..kad aku lambat lagi..

Alcapone : Ok, bye..tup..

Masuk aku ke rumah hanya terdapat sesosok tubuh berdarah manis sedang meratah nasi lauk ayam hasil belian di sebelah restoran bida'ah..Kata Prosper, sejak berdarah manis dia dah jarang keluar rumah walaupun untuk berdating..Ingin mendalami ilmu kekeluargaan dan housekeeping katanya..Minggu depan dah nak attend kursus pra perkahwinan..Aku pun refresh kan la balik cara2 berzikir, berdoa, mengaji dan sewaktu dengannya..

Penat gak la episod aku perlu lakonkan kat umah prosper ni..Sampai la ku ke tugasan terakhir..
Bertandanglah aku ke rumah senior2 yang masih mencari hala tuju kehidupan (lebih manggelabah daripada aku)..Juga terletak di jajahan DBKL..Terdampar dua sosok tubuh senior aku dulu..Sorang tengah belek2 kamera Canon EOS 1000D dan sorang lagi tengah layan FIFA 2009 kat laptop..Sungguh syahdu aku lihat gelagat dorang..Dikala member2 lain dah start hitung hari kelahiran anak masing2, dorang masih disitu..


Saif : Susah la asun skang ni..Dulu sebelum Aiman kawin, dak2 slalu dtng lepak ngan ktorang..skang apa dah jadi..Tinggal la aku menggelabah pikir masa depan..

Alcapone : Rilek la..Dorang rasa terancam dengan kesempurnaan ko..Sebab tu dorang kawin cepat..(Ayat2 menyejukkan hati senior)

Lalu berceritalah Saif tentang percintaan tiga segi yang menimpanya..Aku cuba untuk buat2 menghayati jalan ceritanya sebagai cara mengambil hati..Sebagai hadiah menjadi pendengar setia, aku diberikan sesi photo shoot percuma dari Saif buat bekalan cover story majalah Manggis..

Sebagai balasan, aku pun bawa la dorang berdua makan2 walaupun masing2 takde selera mengenang nasib sendiri..Dengan menjemput sekali Penanda aras dorang, Mursyidul Am Dr Love bernama Aiman bersama isteri..Aku tak tahu la betapa meruntun hati dorang malam tu..Aku pun buang la yang keruh dan ambil yang jerneh sebagai bekalan aku pulang ke Puchong semula dengan misi menyemai qaseh dijiwa..

p/s : singular, jangan lah kamu risau..aku masih timbalan pengerusi kelab kita..



9 comments:

  1. tuh korang yg lelaki..
    mcm mane kwn2 pompuan korang yg single n available tuh??
    jgn worry r asun...soon u'll find ur love..

    p/s: mcm dr love plak aku nih..LOL

    ReplyDelete
  2. dem ko asun.mempergunakan nama aku untuk melariskan blog ko.
    aku hepi je.jgn putar belit ayat2 aku.kan aku ada ckp aku bangga dgn diri aku.menjadi satu-satunya teruna pujaan yg hot di sekitar w.maju..kan.kan..

    ReplyDelete
  3. kay : aku tidak la gusar sangat pasal hal ni..haha

    saif : lek la wahai pon..ko mmg teruna pujaan dara..

    ReplyDelete
  4. saif tu pon ke? name macam hantu brunei je. Asun, jauh mane pun gua melayang, persahabatan kite tak kan gua persetan kan. majulah setan untuk isetan!

    ReplyDelete
  5. aku rasa cam kenal je mamat yg belek2 kamera n mamat yg dok layan fifa 09 tuh...mmg derang tgh gersang pun...kah kah kah!!

    ReplyDelete
  6. single : apa ada pada nama..single pun aku tak tahu adalah samel..haha..

    gombak : memang dorang begitu wahai adi..dorang pn ada mention pasal ko..tp jgn takut, aku backing..haha..

    ReplyDelete
  7. ya samel saif itu aku si pon yg kacak.tp masih bujang.

    adakah kalian mahu bergabung dgn kelab aku.keahlain aku ramai.KBK namanya.kelab bujang kontemporari

    ReplyDelete
  8. Nasrun.

    Usah kau berpura - pura.

    Sedih engkau cuma di skrin.

    Ke manakah kau di kala 1am Jumaat malam Sabtu, sebelum hari Ahad kejadian di atas?

    ReplyDelete
  9. prosper : aku tidak ke mana..santai di rumah saja..haha

    ReplyDelete