Nov 29, 2011

Tosei De’ Soccermania

Ini adalah sebuah tribute. So sebelum bermula gua nak ucap takziah kepada ahli keluarga mendiang Gary Speed of Wales sempena pemergian mendiang tempoh hari.

Berbalik kepada tujuan asal gua iaitu menulis sebuah tribute ke atas sohibus sahabat gua yang baru sahaja bergelar bukan bujang pada 20112011. Ini tarikh memang sebaris dengan artis2 gemilang serata dunia untuk menamatkan status bujang.

Gua kenal beliau tidak lah begitu lama sebab beliau ni golongan abang2 caring yang duduk kat kolej Bilal. Orang kata budak2 kolej ni ada kelas & bertaraf tinggi siket seperti contoh Abg Akob serta Abg Apai. Budak Bilal juga ada kereta. Senang pergi main futsal tiap2 Jumaat malam. Hebat.

Berbalik semula ke tajuk asal. Ramai orang bilang beliau ni adalah pemain bola sepak posisi sayap kiri terbaik dalam sejarah penubuhan Sekolah Izzudin, Universiti Islam Antarabangsa dan MIDA.

Gua pun membesar perut sebagai salah seorang peminat beliau. Asal ade game je gua pasti turun kecuali kalau gua ada kelas dengan Prof Ataul Huq. Tak pun gua sukar nak turun kalau gua ada sesi terapi kat bilik Hasrat.

Sepanjang gua mengenali beliau memang tak pernah gua nampak beliau berkata2 tak senonoh apatah lagi berperilaku kurang enak. Memang sejuk perut gua bergaul dengan beliau malah sejuk lagi hati makcik2 yang berkenan nak jadikan beliau sebagai menantu.

Cuma gua berasa rugi sebab tak dapat berkawan rapat dengan beliau sejak dahulu. Kalau tak memang gua boleh buat cerpen 500 mukasurat. Walaubagaimanapun gua bangga sebab dapat merasa naik Honda City 1.5 VTEC kepunyaan beliau pada usia muda. Tak ramai insan seusia beliau mampu menukar motosikal Honda kepada kereta Honda. Sekali lagi Hebat.

Gua juga terharu dengan pembabitan beliau dalam aktiviti organize rombongan majlis2 resepsi rakan2 handai termasuk gua. Gua syak memang tiada majlis resepsi yang gagal dihadiri oleh beliau. Memang supportive. Ini yang buat gua begitu terkilan sebab gua tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis beliau tempoh hari atas urusan keluarga (Cewah!)

Banyak lagi gua nak story tapi terpaksa gua tangguhkan atas kehendak kerja ( Sori boss, gua update blog sket). Maka dengan ini ingin sekali lagi gua dengan berlapang dada, berhati terbuka dan berjiwa merdeka mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada PTOS & isteri. Sekian.

 

p/s : nanti lu orang buat housewarming gua datang bawak hadiah

Oct 29, 2011

Kami Mahu Messi!!!

Minggu lepas gua baru setel join Sukan KPDNKK & Agensi. Gua tak minat maen game yang simple2 macam karom atau dart. So gua masuk team Bola Tampar. Stailo sket.

Macam biasala ape2 game yang gua join ni paling kurang mesti mau masuk Final. Dah penat spike sampai pecah lantai dalam game2 sebelum final, gua pun rilek la kat luar jadi reserve untuk set pertama. Kebetulan lawan kami kat Final memang KPDNKK.

Kitorang tak goyang sangat sebab dalam grouping dah menang pun dengan diorang. Yang bestnye, diorang punya penyokong memang seramai 2 bijik bas boleh muat. Tapi tak boleh sorak lebih2 sebab team diorang kena pukul. Tiba2.....


Penyokong KPDNKK : "KAMI MAHU MESSI!!!!!!!"


******


Gua : Bile mase plak Messi maen bola tampar? Oooo..Lupe plak jersi gua no 10...

Oct 16, 2011

Gua Boleh.. Lu Orang??

Gua dah letak high expectation kat baka gua ni.. Ternyata harapan gua tak meleset. Rujuk je gambarajah di bawah :

Gua Boleh.. Lu Orang?

Budak di atas sudah bikin panas. Cabaran dilaungkan kepada rakan2 sebaya. Tapi budak ni baru 1 minggu la ketika gambar diambil. Ada beran?


Gua : Well done son!

Oct 8, 2011

Nidal Shafiy..

Salam geng...

Sudah saban bulan gua menyepi. Gua syak memang ramai yang dah menyumpah gua. Gua siap dengar desas-desus sampai ada awek-awek yang meroyan sebab everytime bukak blog ptos, nama blog gua still kat bawah sekali. Terus hysteria...

Gua tanak citer lebih2 sangat fasal komplen2 nih. Sebab bile gua dah start nak menulis, gua mesti lengkapkan jiwa dan minda gua dengan visi & misi yang lemak berkrim. Ye la bak kata awek-awek yang membaca, kalo blog tak kelakar kami malas nak view. whateverrrrrrr (dengan slang kardashians)

So untuk permulaan gua nak buat sikit pendedahan la sebab gua rasa belum cukup satu dunia lagi yang dah tahu bahawasanya gua sudah menjadi bapak (jangan hysteria ye awek-awek). Yang last gua update kat sini time bini gua dah hamil 5 minggu. Biasela orang pertama kali kahwin dia punya eksaited memang laen macam (sori isteri). Kalau boleh memang mahu buat Press Conference.

Gua telah menimang seorang anak lelaki pada hari Sabtu 24 September 2011. Gua syak ini hari lahir sama dengan pengasas syarikat2 gergasi dunia. Genap seminggu kami perah kepala memikirkan nama anak, akhirnya gua sampai ke kaunter JPN pada hari Jumaat yang mulia dengan nama Nidal Shafiy..

Sila rujuk gambarajah di bawah :


Saya nak duit raya...Sekian

Gua serius beb. Sebab gua dengar anak gua nangis macam nak duit raya, bukan nak minum susu. Kasi susu dia reject. Mentang2 la lahir sipi2 lagi bulan Shawal nak habis. Cett...


Gua : Duit raya papa simpan eh...

Apr 18, 2011

Saham..

Sejak 2 minggu lepas, opis gua punya sibuk sudah macam ada konsert Justin Bieber Asian Tour. Nasib baik kat area opis gua takde tandas awam bergerak. Kalau ada memang dah ramai yang pakat2 tido depan opis gua kemudian beratur di pagi hari dalam barisan berbaring.

Ini semua penangan SAHAM yang sudah dekat 10 tahun tak bukak. Sekali bukak memang gua dah agak akan ada yang hysteria. Dia punya beratur lagi panjang daripada koc tren komuter menghala ke Kuala Kubu Bharu. Kalau kat HQ, budak2 Bank Negara boleh beratur dari dalam opis. Tangan pegang Blackberry mana tahu ada gosip terbaru nak masuk dari barisan depan.

Ini memang fenomena. Nasib baik Melodi tak buat cerita pasal dunia bukan artis. Kalau tak memang gua dah invite abang nas terjah rambut ketak buat liputan. Pasti lebih popular daripada Shaheizy Sam. So, siapa2 yang berminat boleh la datang seberapa segera sementara belum ada tarikh tutup ni. Sekian.

 

p/s : Jangan marah sebab gua lambat update. Borang yang ada pun tak siap sort lagi ni…

Mar 18, 2011

SiNGULAR DE 'COSANOSTRA

Pada kurang lebih tahun 2001 masihi, gua dikejutkan dengan budaya geyrek oleh seorang mamat dahi licin2 berwalkman mahal, berkasut sneaker dan berjeans lusuh. Tetapi sejurus sebelum itu beliau sudah dikejutkan dengan budaya orang2 kaya oleh si “Jaapor” yang hilang kasut di mesjid tetapi berduit RM 25k dalam akaun bank. Banyak kan?

Jika dikira dengan ilmu hisab, sudah kurang lebih 10 tahun jugak gua kenal mamat nih. Dari panjat pagar, ke berjalan kaki, ke jogging kat UM, ke naek bas (gaduh dengan foreigner), ke naek moto pinjam, sampai la ke naek kereta (JCP 9192). Kenangan gua dengan beliau memang terlalu panjang untuk ditulis ke dalam sebijik entry blog.

Singular (nama pena) adalah pelopor kepada seni mempertahankan status diri. Aneh bukan? Sebab tu la nama pena beliau pun adalah singular yang menunjukkan kejayaan beliau bergelar bujang untuk tempoh masa hampir 28 tahun. Nampak remeh tapi perjuangan beliau memerlukan tahap ketahanan yang amat tinggi memandangkan rupa beliau yang iras2 Aamir Khan. Dah berapa ramai gadis yang masuk meminang tapi terpaksa beliau reject demi untuk menyahut pepatah “biar bujang perit asalkan poket berisi sikit”

Singular adalah seorang insan yang Shumul (rujuk kamus dwibahasa arab) . Bisa jadi Naqib (rujuk lagi) , bisa mengaji Quran (kalau tak paham rujuk la) , bisa main pingpong, bisa nyanyi karaoke, bisa ambil exam ACCA, bisa bekerja 48 jam, bisa berlakon drama pendek untuk u-tiup, bisa tulis blog dan pelbagai kebolehan lagi. Tetapi di atas segala kebolehan beliau itu, terdapat satu kebolehan yang hanya dikuasai oleh beliau seorang saja. Buat nasi goreng dengan telur dan minyak sahaja. Memang rare… 

Namun Singular kekadang terdetik dalam hatinya untuk mencari sinar di hujung terowong untuk keluar dari kepompong hidupnya yang single. Sayugia beliau pun berkelana untuk mencari jodoh. Pergilah beliau ke serata pelosok dunia untuk tujuan tersebut. Hampir sepertiga bumi telah beliau jelajahi namun………….. ternyata jodoh beliau tidak begitu jauh. Tercipta satu lembaran sejarah disatu hari yang cerah apabila beliau telah ditugaskan ke sebuah negeri di Borneo.

Maka bagai menerima sebuah mukjizat cinta, beliau pun terjerumus ke dalam satu pertemuan yang bakal mengubah hidupnya untuk selama-lamanya. Ibarat filem Qaish & Laila, Mr & Mrs Smith & Kuch Kuch Hota Hai, Singular tidak mesia-siakan peluang itu. Terciptalah filem fenomena baru yang bertajuk im not single. Kini, setelah saban tahun beliau dan kekasih menyulam cinta nan satu, Singular akhirnya benar2 bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Tepat hari ini sesudah solat isya’, Singular akan melafazkan aqad merafakkan kasih untuk disimpulkan ke dalam satu hubungan yang suci demi bergelar sang suami. Apa yang gua pasti, Singular tidak akan berubah dan berketepatan dengan itu gua ingin memberi ucap selamat : Tahniah Singular, Welcome to the club! 

p/s : gua ingin terharu tapi gua tahan…

Mar 10, 2011

Budak..

Semenjak dua menjak nih gua syak gua terkena sindrom pembawakan budak. Orang kata kalau bini tak mabuk2 time2 pregnant, ada kemungkinan boleh berjangkit kat laki. Gua tengok bini gua bukan maen happy go lucky. Jarang mabuk. Bole lagi bawak pegi shopping..

Tapi kalau nak kata gua mabuk2 memang tak berapa nak ngam. Gua syak pembawakan anak gua memang lebih kepada bahan ilmiah. Mane taknye, idea2 bernas gua nak buat bahan penulisan macam dah kering kontang. Budak sekarang memang cekap pilih item yang berguna..

 

*Gua dah kering ni…

 

Sebelum gua mengundur diri gua nak update sket la. Anak gua dah masuk 10 minggu. Rupa belum bole nak agak lagi. Tapi kalau lelaki, gua pasti dia kacak..

 

p/s : Sori kalau entry gua akan2 datang ni macam bahan majalah Pa & Ma..

 

Feb 14, 2011

Jambu..

 
Gua yang maseh mamai2 pagi Ahad dengan rase kelat2 gigi rase terpana dengan sms dari Ptos yang berbunyi ……

“Wei, jambu lu ada kat umah gua, gua xda, g bowling.. Papehal call Jijo dulu k…”

“Lu Bio betol beb.. Lu bagi sms ni kat gua ke? Ke lu salah org nak kasi sms..” Nada saiko ingt Ptos tuduh gua simpan ‘jambu’..

“Ye laaa, jambu yang lu orang beli kat Tapah kan smalam..” Jawab Ptos tenang..

“Oooh jambu smalam.. Ok2 nnti gua roger Jijo..” Balas gua lega..

 

******

 

Gua pun gerak la dari rumah Leman menuju ke rumah Jijo untuk mengcollect jambu gua yang tinggal dalam kete Ptos smalam.. Takut2 Jijo xde, gua pun call la...

 

Trruuuuutt…Trruuuuutt..

 

“Halo..” Jijo

“Jo, jambu ade kat umah lu eh? Gua nak datang nih..”

“Owh, ‘jambu’ takde.. Die g maen boling..”

 

“Kahkahkahkahkah!!!!!! Bukan jambu tu la.. Jambu yang gua beli kat Tapah smalam..”

 

 

Notakaki : Bukan gua sorang je yang salah paham.. Ptos, lu memang ‘jambu’..

 

 

Feb 9, 2011

5..

 
Tajuk gua kali ni super simple. Sekali pandang memang boleh citer pasal macam2. Tapi bukan pasal kawen 5. Tu bukan stakat nak kena sepak dengan bini no 4. Tuhan pun nescaya akan murka kat korang.

Sejak jadi suami orang ni, gua pun dah kurang maher nak mengolah ayat2 berunsur cinta2. Nak2 pulak pasal citer yang berkaitan dengan tajuk gua kali ni. Jadi gua nak stret to de point je. Eksaited nih…

 

Bini gua dah pregnant 5 minggu..Sekian

Feb 2, 2011

Gua Rindu...

Gua rindu nak mencipta bahan bacaan untuk lu orang..

Gua rindu kat nyamuk yang tumpang2 baca blog gua time lu orang tengah membaca..

Gua rindu dengan komen2 membina lu orang yang menyinari setiap entry gua..

Gua rindu sama bunyi pergerakan otak gua yang memerah idea setiap kali  nak tulis entry..

Gua rindu untuk melihat dalam akaun gua ade duit lebih daripada RM 10.01 tiap hujung bulan..

Gua rindu…

 

p/s : Ini hari besday bapak gua… ”Ayah, Selamat Hari Jadi!!”… Sweet 58…

Jan 3, 2011

Takwim Baru..

Rasa macam baru je 2010 start. Tak sempat lagi gua nak menghirup udara manis2 masam kat dataran klcc sewaktu perhimpunan rakyat bangladesh & nepal. Tapi agak macam2 jugak la perubahan yang dah berlaku dalam 2010.

Gua dah bertukar status kepada suami orang. Gua syak ini perubahan terbesar sebab selama ni gua tido atas lantai sorang2 tapi skarang dah tido atas katil king berdua. Ngeh ngeh..

Gua dah pindah jauh sikit daripada opis. Dulu kalo gua bangun pagi2 tu sempat lagi nak tanak nasik buat bekal bawak gi kerja. Guling2 dari rumah pun sempat lagi nak sampai opis ontime. Sekarang gua nak ikat tali kasut pun tak berapa nak sempat. Nasib baik ada teknologi kasut tanpa tali. Sarung je terus zass..

Baru 2 perkara gua story ni pun gua dah rasa kering idea. Ni pun salah satu perubahan jugak gua syak. Sebab tu entry pun dah kurang. So kawan2, lu orang tak usah la rindu2 gua sangat..

Selamat Tahun Baru 2011..