Dec 30, 2009

Warkah Terakhir Buat Ninda..

Tanggal 9 zulhijjah yang lalu pergi sudah ninda ku ke rahmat Ilahi. Pagi raya haji bertukar duka berendam air mata (kalangan kaum hawa je la sebab hati aku keras). Detik pemergian dapat aku rasai selepas aku berjaya drag kereta aku dari puchong terus ke hospital teluk intan tiba pukul 12.30.

Ninda pergi tepat jam 1.30 ptg waktu tempatan. Waktu anggaran yang amat tepat dibuat oleh doktor paling senior kat tempat tu. Die cakap ninda boleh bertahan 24 jam saja dari waktu masuk wad di mana ninda masuk pukul 2 petang hari sebelumnya..

Ninda ku amat dirindukan sebab beliau merupakan jaguh pembuat lemang dan kueh lopes terbaik dari ladang. Tidak dilupa juga pada gulai kari udang galah menusuk kalbu apabila menjamahnya. Lemang ninda adalah sebuah seni level masterpiece sebab peminatnya ada sehingga ke negeri singapura.

Macam2 lagi kenangan yang ditinggal ninda sehingga tidak terdaya hendak ku garap. Apa yang pasti aku akan sentiasa mengenangmu ninda. Semoga tenanglah engkau di sana dan dicucuri rahmat. Amiiin...