Nov 29, 2011

Tosei De’ Soccermania

Ini adalah sebuah tribute. So sebelum bermula gua nak ucap takziah kepada ahli keluarga mendiang Gary Speed of Wales sempena pemergian mendiang tempoh hari.

Berbalik kepada tujuan asal gua iaitu menulis sebuah tribute ke atas sohibus sahabat gua yang baru sahaja bergelar bukan bujang pada 20112011. Ini tarikh memang sebaris dengan artis2 gemilang serata dunia untuk menamatkan status bujang.

Gua kenal beliau tidak lah begitu lama sebab beliau ni golongan abang2 caring yang duduk kat kolej Bilal. Orang kata budak2 kolej ni ada kelas & bertaraf tinggi siket seperti contoh Abg Akob serta Abg Apai. Budak Bilal juga ada kereta. Senang pergi main futsal tiap2 Jumaat malam. Hebat.

Berbalik semula ke tajuk asal. Ramai orang bilang beliau ni adalah pemain bola sepak posisi sayap kiri terbaik dalam sejarah penubuhan Sekolah Izzudin, Universiti Islam Antarabangsa dan MIDA.

Gua pun membesar perut sebagai salah seorang peminat beliau. Asal ade game je gua pasti turun kecuali kalau gua ada kelas dengan Prof Ataul Huq. Tak pun gua sukar nak turun kalau gua ada sesi terapi kat bilik Hasrat.

Sepanjang gua mengenali beliau memang tak pernah gua nampak beliau berkata2 tak senonoh apatah lagi berperilaku kurang enak. Memang sejuk perut gua bergaul dengan beliau malah sejuk lagi hati makcik2 yang berkenan nak jadikan beliau sebagai menantu.

Cuma gua berasa rugi sebab tak dapat berkawan rapat dengan beliau sejak dahulu. Kalau tak memang gua boleh buat cerpen 500 mukasurat. Walaubagaimanapun gua bangga sebab dapat merasa naik Honda City 1.5 VTEC kepunyaan beliau pada usia muda. Tak ramai insan seusia beliau mampu menukar motosikal Honda kepada kereta Honda. Sekali lagi Hebat.

Gua juga terharu dengan pembabitan beliau dalam aktiviti organize rombongan majlis2 resepsi rakan2 handai termasuk gua. Gua syak memang tiada majlis resepsi yang gagal dihadiri oleh beliau. Memang supportive. Ini yang buat gua begitu terkilan sebab gua tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis beliau tempoh hari atas urusan keluarga (Cewah!)

Banyak lagi gua nak story tapi terpaksa gua tangguhkan atas kehendak kerja ( Sori boss, gua update blog sket). Maka dengan ini ingin sekali lagi gua dengan berlapang dada, berhati terbuka dan berjiwa merdeka mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada PTOS & isteri. Sekian.

 

p/s : nanti lu orang buat housewarming gua datang bawak hadiah

2 comments:

  1. Ini yang buat gua begitu terkilan sebab gua tidak berkesempatan untuk hadir ke majlis beliau tempoh hari atas urusan keluarga (Cewah!)

    - Surat tunjuk sebab mana>? - gua

    ReplyDelete
  2. tp budak farouq mng besar lwn bdk bilal wlopun berkeeperkan De Jard
    _sliding tackle_

    ReplyDelete