Feb 23, 2009

Olimpik 2012..

Dalam 2 minggu lepas, adalah pak menteri belia dan sukan melancarkan majlis sukan2 target untuk olimpik 2012..Pak Lah pun ada jugak mengharap kat pasukan bola yang tengah tido skang ni..Tapi biar aku fokus yang olimpik ni dulu..Dorang harap sukan badminton, lumba beskal dan memanah jadi taruhan la kat sana nanti..

Badminton memang aku dah taraf2 Taufik Hidayat..Lumba beskal takyah citer la..Memang dari kecik lagi ayah aku dah belikan beskal kayuh satu kampung..Setakat Hoy dari Britain tu lek2 je aku kayuh..So skang aku nak fokus la bab memanah ni..Saksikan gambarajah berikut:

Belakang : Pro..Hadapan : Novis

Memberi tunjuk ajar kepada pemanah novis

Kalo korang rasa2 nak berstatus pro macam aku, pegi la main2 panah kat venue ini bertempat di Sunway Piramid sebelah tempat main bowling..Rate agak meransang minat dengan tawaran yang aku main ni 3 kepala RM 36.00..Dorang bagi dalam 30 batang arrow sorang..Korang panah la dinding tu sampai puas (jangan buat panahan di rumah)..

So apa lagi rakan2 di luar sana..Sahutlah cabaran Olimpik 2012 acara memanah ni sebab aku tengok si Marbawi tu pun bese jer..Bagi la tentangan kat dorang yang ntah bile2 ntah nak perform ni..Jumpa di sana..

No comments:

Post a Comment