Jul 15, 2010
Audit
Proses audit merupakan suatu nightmare buat pekerja marhaen seperti gua. Nak2 pulak orang audit ni masuk dengan very short notice. Apa punya peraturan diorang pakai. Nak masuk tempat gua semalam, kelmarin baru kasi call. Surat pun tadak.
Menggelupur adrenalin gua nak kasi stenbai fail2 yang duduk ntah kat mana2. Belum cerita fail2 yang hilang, yang silap letak kat stor cleaner, yang buat lapik meja senget sebelah dan sebagainya. Nak2 pulak diorang mintak fail pagi semalam, memang pagi ini hari la baru dapat.
Biasanya listing fail mahu diaudit sudah kasi emel kat gua seminggu sebelum masuk. Senang la pekerja marhaen macam gua sempat nak geledah kat store, ambik kat bawah kaki meja dan kasi buat baru fail2 yang hilang macam mekgaiver.
Tapi orang audit ni memang superb. Jangan harap la nak lari tanpa sebarang kekurangan. Mencari kekurangan tu memang masuk dalam KPI diorang. Tunggu je la nasib time diorang nak bentang hasil2 audit nanti. Orait, gua nak semayang hajat dulu. Mintak mata orang audit ni kabur2 sikit masa check fail gua.
p/s : member2 auditor gua tolong jangan emosi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lu kawtim belanja mkn hotel..br dorg leh tutup sebelah mata..xpun g urut happy ending...pastu lajak main golf, raya ko bg hamper, xjalan jgk...lu tepon india lori angkat brg kasi hantam..
ReplyDeleteAhaha. Gua minat pakai india lori angkat barang.
ReplyDeletehey .... hey .... hey ....
ReplyDelete