Mar 18, 2011

SiNGULAR DE 'COSANOSTRA

Pada kurang lebih tahun 2001 masihi, gua dikejutkan dengan budaya geyrek oleh seorang mamat dahi licin2 berwalkman mahal, berkasut sneaker dan berjeans lusuh. Tetapi sejurus sebelum itu beliau sudah dikejutkan dengan budaya orang2 kaya oleh si “Jaapor” yang hilang kasut di mesjid tetapi berduit RM 25k dalam akaun bank. Banyak kan?

Jika dikira dengan ilmu hisab, sudah kurang lebih 10 tahun jugak gua kenal mamat nih. Dari panjat pagar, ke berjalan kaki, ke jogging kat UM, ke naek bas (gaduh dengan foreigner), ke naek moto pinjam, sampai la ke naek kereta (JCP 9192). Kenangan gua dengan beliau memang terlalu panjang untuk ditulis ke dalam sebijik entry blog.

Singular (nama pena) adalah pelopor kepada seni mempertahankan status diri. Aneh bukan? Sebab tu la nama pena beliau pun adalah singular yang menunjukkan kejayaan beliau bergelar bujang untuk tempoh masa hampir 28 tahun. Nampak remeh tapi perjuangan beliau memerlukan tahap ketahanan yang amat tinggi memandangkan rupa beliau yang iras2 Aamir Khan. Dah berapa ramai gadis yang masuk meminang tapi terpaksa beliau reject demi untuk menyahut pepatah “biar bujang perit asalkan poket berisi sikit”

Singular adalah seorang insan yang Shumul (rujuk kamus dwibahasa arab) . Bisa jadi Naqib (rujuk lagi) , bisa mengaji Quran (kalau tak paham rujuk la) , bisa main pingpong, bisa nyanyi karaoke, bisa ambil exam ACCA, bisa bekerja 48 jam, bisa berlakon drama pendek untuk u-tiup, bisa tulis blog dan pelbagai kebolehan lagi. Tetapi di atas segala kebolehan beliau itu, terdapat satu kebolehan yang hanya dikuasai oleh beliau seorang saja. Buat nasi goreng dengan telur dan minyak sahaja. Memang rare… 

Namun Singular kekadang terdetik dalam hatinya untuk mencari sinar di hujung terowong untuk keluar dari kepompong hidupnya yang single. Sayugia beliau pun berkelana untuk mencari jodoh. Pergilah beliau ke serata pelosok dunia untuk tujuan tersebut. Hampir sepertiga bumi telah beliau jelajahi namun………….. ternyata jodoh beliau tidak begitu jauh. Tercipta satu lembaran sejarah disatu hari yang cerah apabila beliau telah ditugaskan ke sebuah negeri di Borneo.

Maka bagai menerima sebuah mukjizat cinta, beliau pun terjerumus ke dalam satu pertemuan yang bakal mengubah hidupnya untuk selama-lamanya. Ibarat filem Qaish & Laila, Mr & Mrs Smith & Kuch Kuch Hota Hai, Singular tidak mesia-siakan peluang itu. Terciptalah filem fenomena baru yang bertajuk im not single. Kini, setelah saban tahun beliau dan kekasih menyulam cinta nan satu, Singular akhirnya benar2 bersedia untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Tepat hari ini sesudah solat isya’, Singular akan melafazkan aqad merafakkan kasih untuk disimpulkan ke dalam satu hubungan yang suci demi bergelar sang suami. Apa yang gua pasti, Singular tidak akan berubah dan berketepatan dengan itu gua ingin memberi ucap selamat : Tahniah Singular, Welcome to the club! 

p/s : gua ingin terharu tapi gua tahan…

Mar 10, 2011

Budak..

Semenjak dua menjak nih gua syak gua terkena sindrom pembawakan budak. Orang kata kalau bini tak mabuk2 time2 pregnant, ada kemungkinan boleh berjangkit kat laki. Gua tengok bini gua bukan maen happy go lucky. Jarang mabuk. Bole lagi bawak pegi shopping..

Tapi kalau nak kata gua mabuk2 memang tak berapa nak ngam. Gua syak pembawakan anak gua memang lebih kepada bahan ilmiah. Mane taknye, idea2 bernas gua nak buat bahan penulisan macam dah kering kontang. Budak sekarang memang cekap pilih item yang berguna..

 

*Gua dah kering ni…

 

Sebelum gua mengundur diri gua nak update sket la. Anak gua dah masuk 10 minggu. Rupa belum bole nak agak lagi. Tapi kalau lelaki, gua pasti dia kacak..

 

p/s : Sori kalau entry gua akan2 datang ni macam bahan majalah Pa & Ma..