Jun 29, 2009

Aku rampas keris itu..

Apa yang dapat anda simpulkan dari gambarajah berikut..

Rampas saja keris itu..

Abutang watak sampingan dalam blog aku baru2 juga bergelar jejaka berdarah manisan..Tapi gambaran ini jelas menunjukkan betapa kurang sabarnya Abutang menunggu turn untuk bernikah..

Dapat juga korang lihat watak isteri kepada pengantin lelaki memandang sinis tindakan Abutang yang cuba merampas keris yang sepatutnya jadi hak peribadi..Korang tau lepas tu apa jadi? Kita pikir la ramai2..

Aku abg yang rilek..

Tanggal 27 Jun 2009 tergolonglah adik aku dalam golongan manusia berdarah manisan..Aku mangsa yang dilanggar bendul nak buat report kat majlis fatwa Malaysia..Biar dorang keluar fatwa cakap sape2 yang nak langgar bendul kene pegi buat pembaptisan kat banjaran himalaya..Tmbh lagi kene bagi pampasan kereta Honda City latest edition full spec dengan tombol gear kat steering..

Tapi aku masih abg yang bertimbang rasa..Datang majlis pakai sempoi2, jual beli pantun 2 kerat, bace2 doa dengan muka serius (rujuk gambarajah)..Aku takdela nak minta segala jenis pampasan yang aku mention kat atas td..

Doa dari abg yang ikhlas

So geng..contohilah aku..walaupun dilanggar bendul oleh adik LELAKI, aku masih kurang gentar..Bukan tidak gentar ok..Gentar jugak la sikit dalam jiwa aku ni..Macam rasa gayat2 terjun bungee jump pn ada la..Aaaaargh..gadiiiis, turunlah dari langiiiit!!!

Jun 15, 2009

3 Sebab Prosper Enggan ke Petronas..

Prosper @ Azri adalah seorang anak yang baik..Pandai belajar, kuat bekerja dan bakal berkeluarga..Budak2 professional ni biasenye mestilah ada dapat biasiswa kompeni gempak..Prosper adalah milik kompeni gergasi Petronas yang ada kat menara kembar KLCC bukan pam minyak cawangan R&R Tapah..

Prosper sangat bijak mengatur strategi mempergunakan Petronas sebagai batu loncatan belajar percuma, wang perlindungan dan sebagainya..Petronas membenarkan Prosper bergerak secara solo sebelum kembali ke pangkuan manara KLCC selepas beberapa tahun..Namun menjadi orang2 Petronas yang gempak merupakan satu mimpi ngeri buat Prosper..Kenapa?


1) Segan nak pegi family day bersama2 dengan Tiong dan Sibas..

2) Segan nak main badminton bersama2 dengan Tiong dan Sibas..

3) Segan nak attend kursus bersama2 Tiong dan Sibas..


Apakah misteri disebalik sebab2 di atas? Ambik telepon call la Prosper..

p/s : Sila rujuk commemorative book Alumni UIA class of 2007 untuk watak2 Tiong dan Sibas..

Jun 8, 2009

Jiwa yang sayur..

Baru2 ni slot AKSI TV3 ada masuk cerita BIONIK..kebetulan pulak watak2 utama ada serupa dengan member2 aku..Watak utama Nik (piji) berayahkan Dr Hafiz (prosper) yang berkawan dengan Dr Shamil (singular)..Dah accident si Nik ni memang sekujur jiwa yang sayur..Bapak die kasi tukar si Nik n jadi ala2 robot terminator terus2 jadi tak sayur..

Berbalik ke dunia nyata..Perlukah kita jadi terminator untuk jadi tak sayur..Sekarang ni jiwa2 yang average ni memang dah tak berapa relevan lagi di mata dunia..Jadi apa tindakan yang wajar untuk menjadikan jiwa kita tidak sayur?Lu pikir la sendiri..

Jun 4, 2009

Urusan Walimah..



sila klik gambarajah untuk lebih penghayatan


Di atas permintaan pihak pengantin, saya dengan rendah dirinya menjemput tuan/puan yang mengenali pasangan pengantin atau tidak untuk bersama2 memeriahkan lagi majlis mempelai..Majlis pihak pengantin perempuan akan diadakan pada 20 Jun 2009 bertempat di Muar Johor..Majlis pihak pengantin lelaki akan dilangsungkan pada 27 Jun 2009 bertempat di Trong Perak..Sila rujuk gambarajah seterusnya untuk lebih mengenali lagi bakal pengantin..



p/s : lihat sahaja, komen jangan..


Jun 1, 2009

Bakar saja kondo itu..

Pertama sekali ingin hamba merafakkan maaf kepada tuan/puan pembaca blog hamba yang tak seberapa ini..Sebab bulan mei langsung takde entry..Salahkan la bos gua yang bagi keje kene siapkan 40 keping working paper untuk kesejahteraan kerjaya hamba..

Lepas check balik organiser dan kalendar (aku kan orang tersusun) aku baru perasan banyak la jugak benda2 yang boleh dibuat bahan tulisan blog..Tapi azri prosper kata aku patut pergi bakar satu kondo rakyat dekat Awan Besar OUG..Sebab dia kata orang yang dok situ rata2 boleh dikatakan berdarah masam..

Tapi sangkaan kami meleset sama sekali..sesosok tubuh manusia average (sori abu) akhirnya memecah tradisi kondo itu..Abutang (bukan nama sebenar) secara mengejut telah melangsungkan majlis pertungangannya dengan gadis pilihan keluarga bernama Nor Adawiyah Ahmad Pudzi (macam drama)..

Fenomena ini telah membuatkan rakan2 Abutang terpinga2 hingga ada yang ingin membunuh diri..Ada yang berubah menjadi HULK, PREDATOR dan sebagainya..Yang terbaiknya prosper cadangakan aku berubah jadi Cyclop pegi bakar kondo kediaman abutang dengan kuasa pancaran mata..